reTWEET.
#10FaktaTentangAku
FANPAGE FACEBOOK: berapa ‘like’ yang dapat?
Di Malaysia laman sosial Facebook, YouTube dan Twitter juga dijadikan salah satu medium untuk seseorang pemimpin atau selebriti itu mendekatkan diri kepada masyarakat dan peminat.
Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi maklumat dengan memiliki Fanpage.
Fanpage Najib di laman Facebook kini telah mencapai angka lebih 600,000 orang dan beliau telah menggunakan laman tersebut sebagai salah satu cara beliau mendekati generasi muda Malaysia.
Sahih
Walaupun pada peringkat awal, ia menjadi medium bagi tokoh-tokoh terkenal dan personaliti hiburan berkongsi kehidupan mereka tetapi, kini ia telah menambah satu lagi fungsi.
Angka-angka tepat yang tertera di sudut kiri Fanpage tersebut telah menjadi kayu pengukur kepada tahap kepopularan pemilik laman tersebut.
Pengiraan yang bersifat objektif dan nilai ketepatan yang tinggi sehingga ke susunan angka menjadikan ia lebih dipercayai dan boleh diharapkan.
FOLLOWERS BERTAMBAH. DARI 6 KE 10 ORANG.
Twitter Dengan SMS Sama Ke?
Boleh jadi sama kalau kita guna Twitter Mobile la kan.. Betoi kata d kosong lapan itu, Kalau yang suke bersms memang sesuai le Twitter ni..Sebabnya mesej yang dibenarkan terhad.. Lain la macam blog.. Nak tulis panjang boleh, pendek pun boleh kan? Lepas tu sapa yang nak berkomunikasi dengan orang orang terkenal pun boleh juga..(bukan artis sahaja tau ada Twitter ni).
Contohnya Perdana Menteri, Menteri menteri pun ada yang gunakan Twitter ni.. Masa Anugerah Juara Lagu, AJL haritu pun ada contest via Twitter . Tapi masa tu kan tak berapa mahir lagi menggunakan Twitter ni.. Sekarang ni pun masih terkedek kedek lagi guna Twitter. Masih perlu belajar banyak cara cara menggunakan Twitter atau cara cara untuk bertweet..
*Pia- mula mula berserabut... dah lama2 kang mebi oke kot

