Nak Souvenier best?

Showing posts with label jana traffik. Show all posts
Showing posts with label jana traffik. Show all posts

Traffik Dari Mereka.

Siapa mereka. Ini lah senarai mereka yang muncul saat cek kat stat blogger. Terajin pula nak cek.. Kena banyak bagi kredit kat diorang ni. TERIMAKASIH daun keladi.

Kawan-kawan rasa penting tak traffik untuk sesebuah blog?.. Kalau seorang dua pembaca pun kira traffik juga la kan. Kalau dah tahap beratus beribu tu dah jadi traffik jem. Memang impian untuk dapatkan traffik masyuk sentiasa ada.. Membayangkan jadi seperti RedMummy ke BenAshari ke.. tapi, kalau usaha tak sama macam diorang, tak payahle nak berangan Mat Jenin ye..

SERANG DIORANG dulu ek..

Traffik Blog Ini



Untuk hari ini sahaja start dari tengah malam tadi. Cukup bangga juga la ni dengan trafik sebegini.. Taknak banding dengan RedMummy ke Ben Ashaari ke.. Itu memang traffik tahap otai.. Ni setakat trafik tahap picisan.. Teringat pula lagu Roman Picisan nyanyian Dewa.

Macamana nak tingkatkan lagi traffik sehingga mencanak canak ye?.. Selain dari blogwalking?.. Apapun rahsianya blogwalking la kan.. Supaya dapat traffik dua hala gitu.. Dan harap Nuffnang pun dapat bagi BE baru untuk blog ni.. Dah lama tak rasa BE..

~Sumber graf hijau: Traffik Nuffnang.. Ada juga orang datang pukul 2 pagi ye.. Thank you.

Saya cadangkan Tambah Kawan Baru

Tuan Haji ada komen semalam.. Katanya bagus promote kawan kawan macam ni.. Sebenarnya ni salah satu cara nak tambah lagi kawan kepada kawan mereka..

Jadi, kalau sesiapa yang tengah kebosanan, boring dan takde kerja.. Atau tengah blogwalking, jemputla melawat mereka ni.. Singgah.. komen dan mungkin mereka datang berkawan dengan kita..

Harini nak kenalkan pada kawan kawan semua.. mereka ialah.
.
.
.
.jeng jeng jeng..

Pakcik Botak

al-lavendari

mySheiRa

FieZaLieSa

Silakan ye kawan kawan

Dapat Masuk Bloglist Blogger Terkenal!! Redmummy ke?


Inilah buktinya.. (tuan blog minta izin print screen yer).
Agak agak redmummy ke? Mungkin The Next RM.. nama tuan blog ni MZ.. mummy juga.. eh Mama.. MAMA ZHARFAN. Tersenarai dalam bloglist dia rasa macam best.. Maklum la MZ ni bukan calang calang orang tau.. ikon mama contest.. sebabnya dia sangat aktif join contests dan selalu menang!!

Tambahan pula dia seorang ibu kepada 2 cahaya mata yang sedang sambung belajar.. bukan dip bukan ijazah, bukan master.. tapi.. PhD tu,, Cayalah.. Kat mana?... Kat UK.. jom tengok dia kat Miles of Smiles!

Terimakasih ye MZ.. leh masuk senarai tu...

Anda Happy Berblogging

Jom join segmen blog Lydia Miza: Hidup Itu Indah. Untuk kawan- kawan baru boleh tambah kawan.. yang dah lama boleh rapat rapatkan..



-Sudah berapa lamakah anda berblogging ?
#kurang lebih baru lima bulan

-Adakah anda happy berblogging ?
memang happy.. macam lagu amy mastura.

-Adakah anda mempunyai kenangan pahit selama berblogging...ceritakan .
#Ye, terutamanya ketika berblogging sambil minum air kopi.. hehehe.. Sebenarnya rasa pahit bila baca berita berita yang negatif atau baca berita berita yang menyedihkan...

-Harapan terhadap blog anda
#Sebagai platform untuk tambah kawan dan share cerita/berita/pengetahuan yang dirasakan perlu.. boleh jadi top macam blog LM ke..

Pandangan anda terhadap blog LM
Blog LM memang menarik, simple dan tidak berat pun. Sejuk mata memandang.. Pandang muka LM pun sejuk juga... (mungkin sebab kat sana sejuk kot..lawak je ni).. Tapi gaya penulisan LM yang santai tu memang menarik dan tak jemu la untuk singgah. Keep it up!! Selamat berkenalan ye LM dan kawan2

Ada yang berminat.. jom kesini

Entry Tertunda..

Terima Kasih buat blogger tegar lagi kental.. Ben Ashaari kerana meletakkan blog ini di bloglist beliau. Berduyun duyun orang nak masuk dalam list blogger terkenal ini. Memang boleh dapat ramai kawan baru. Antara blogger blogger yang lama tapi sangat gemar menolong ‘orang baru’. Banyak tips dari beliau.

Tak caye ke blog ni masuk dalam list dia?.. Sila tengok bahan bukti ye kawan kawan.. Dijeling jeling ha…

Picture1a

Tadaa..

Blogwalking Pagi- Pagi Buta

Sebab insomnia ni ( eh salah penggunaan, insomnia kalau berpenyakit, minta jauh).. ni kes tak boleh tidur lagi walau tarikh dah berubah. Jadi, nak cuba memujuk diri supaya mengantuk, sambil sambil tu blogwalking la.. berjalan dari satu blog ke blog yang lain. Cara ni pun adalah tip penting nak cari traffik. Sambil menyeam sambil minum air.. Ye tak..

Banyak isu- isu panas kat blog2 yang updated ni, selain harga minyak yang naik (topik hot ni).. Ada juga tentang uncleseekers. Baru je baca tajuk. Belum lagi membelek berita Bekas Permaisuri Agong tu menyaman uncleseekers dengan cerita Cinta Syhh dia tu. Nanti- nanti la g baca..

Tiba tiba tadi ter blogwalk la kat site manik manikam. Rupanya banyak juga site khusus untuk penggemar jahitan manik ni. Ada satu nama yang terlekat kat minda ni: ecahblink. Dari site dia, banyak lagi site site yang menarik. Jadi para penggemar manik.. apalagi.. serbu jom..

~Cantik itu menyedapkan mata memandang, menggembirakan hati.. (betoi tak?)

.Segmen mari masuk senarai BlogLarian

APE YG ANDA KENA LAKUKAN???

1) Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/

2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
saya suka berblogwalking kerana saya dapat berita, gosip, info, pengetahuan terkini di samping dapat kawan maya baru dan promote blog la...


Tag 3 orang atau lebih
http://pijaosix.blogspot.com/
http://eyqabliss.blogspot.com/
http://faridatulliana.blogspot.com/
http://hafizahismail.blogspot.com/
http://ynadiana.blogspot.com/
http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/


tiada tarikh tutup buat masa ini

dapat masuk bloglist eyriqazz.com!!!


masa blogwalking semalam jumpala entry bloglist eyriqazz dibuka kat blog Peri Pia {dia suka komen guna lovely (yourname).. sangat yunik ok}.. jadi, berkunjungle ke blog GTO ni, dengan tujuan mahu mencuba nasib.. bila lagi nak tumpang glemer blogger terkenal kan?.. dah ada peluang lebih baik cuba saja.. walaupun dah lambat hantar entry, nasib baik menyebelahi.. tq bro eyriqazz kerana sudi menempelkan blog ni di senarai bloglist eyriqazz.com. moga win win situation la kita ye.. kalau 1000 org visit blog GTO ni.. mungkin adala sorang akan datang ke sini(harapan menggunung).. tapi setakat disenaraikan dan tak buat apa-apa, rugila juga.. kenala blogwalking sendiri juga untuk promote blog..(kalau nak promote la..)
dengan ini diucapkan 'terima kasih banyak2 untuk bro eyriqazz kerana sudi menyenaraikan blog picisan ini di senarainya.. 'thank you please come again"

and, bro eyriqazz, keep on blogging dan abaikan anon anon itu.. caiyok2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...