Nak Souvenier best?

Showing posts with label rahsia rumahtangga bahagia. Show all posts
Showing posts with label rahsia rumahtangga bahagia. Show all posts

Keputusan Muktamad? Membeli Rumah?

>> Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?

Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari.

Selain itu, antara tips yang boleh digunakan adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun.

Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.

~Kalau taknak berhutang langsung susah juge ye.. Dah tua tua baru boleh bina rumah sendiri..

Hairan Tengok Surirumah Yang Kata Tak Cukup Masa..

cikgu isza said...

sekadar pandangan..
kadang2 saya hairan tengok surirumah yang kata tak cukup masa katanya nak masak, mengemas dan lain-lain..
bukan nak kondem tapi kenapa yer?

***
Komen Yang menarik dari Cikgu Isza... berkenaan entry ni..Aduan Seorang Ibu..

Sekadar pendapat:

Setiap manusia diberi masa yang sama.. 24 jam. Tak kurang dan tak lebih.. Tak sikit,dan tak banyak. Sebenarnya pandangan individu itu sendiri berbeza atau subjektif untuk setiap perkara. Contohnya kesibukan.. Kecantikan dan kekayaan..

Apa yang penting adalah aspek menguruskan sesuatu dengan lebih teratur sahaja.. Berjadual dan sistematik.. Maka setiap kerja pasti dapat dilaksanakan dengan lebih cepat..

Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara..

***
Atau kawan kawan ada pendapat yang lain?..

Psst.. Suami Suami

~untuk bakal suami pun boleh ni.. dan bagi isteri isteri- mesti seronok kalau dapat yang last sekali tu kan..
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu "I love you".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
5. Tolong buang sampah tanpa disuruh.
6. Bila keluar out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
7. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
8. Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan pendapat dengan orang lain.
9. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
10. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
11. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
12. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai.
14. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh bila berjalan.
15.Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
16. Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
17. Bila makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
18. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
19. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain semasa dikhalayak ramai
20. Lebihkan isteri dari anak-anak.
21. Belikan hadiah-hadiah kecil dari masa ke masa -- minyak wangi, jamu atau seumpamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...