Disebabkan ada orang lain juga yang memegang majoriti yang lebih banyak , maka yang minoriti ini akhirnya termangu di hadapan PC. Oleh itu, nak tak nak tengok,, kena dengar juge kan. Dapat la dengar kemeriahan di I CITY itu. Baru je usai persembahan HMC PHLOW. Walaupun kali pertama menonton SHOWDOWN( obviously la kan sebab baru tau malam ni..), rasanya macam ok sangat la juga persembahan mereka ni. Ye la kan.. takkan le kalau tak best boleh masuk FINAL SHOWDOWN 2011 ni kan.
Dan, eh ada YAZID AF juga.. Dia memang suka menari dari dulu kan.. Sebelum AF lagi. Bagi yang memang mengikuti SHOWDOWN tentu tergelak sebab tuan blog ALL IN ONE ni buat entry yang dah lama kawan-kawan peminat SHOWDOWN ni tau kan. Eh ada api-api pula persembahan ni. Muziknya ni yunik la..
~SIAPA YANG SEDANG MENONTON BERSAMA?
PSSTT.. KITA BAKOR!
Showing posts with label reality show. Show all posts
Showing posts with label reality show. Show all posts
LIRIK LAGU TEMA IMAM MUDA.
Bertajuk: HAMBAMU.
Owh ho..Owh ho…2x
Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..
Mawi
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam
Akhil Hayy
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah
-kredit: zikrihusaini
Owh ho..Owh ho…2x
Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..
Mawi
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam
Akhil Hayy
Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah
-kredit: zikrihusaini
JUARA IMAM MUDA 2.
IMAM MUDA MUSIM kedua melabuhkan tirai EPISOD AKHIR nya sebentar tadi. Tahniah kepada JUARA IMAM MUDA 2 yang mewarisi takhta IMAM MUDA dari IMAM MUDA ASYRAFF iaitu IMAM MUDA HASSAN!. Perjuangan IMAM MUDA ini bermula apabila 10 IMAM MUDA berjaya menempatkan diri dalam MUSIM KEDUA ini. Dari latarbelakang yang berbeza- beza mereka ini bersatu dibawah bumbung yang satu bagi menyampaikan dakwah. Dibekalkan dengan pelbagai tugasan yang mencabar, mereka ini berjaya menempuhinya dengan berjaya.. Berperingkat- peringkat mereka ini disingkir satu persatu, dah namanya pertandingan.. Pastilah memerlukan pilihan terbaik di kalangan terbaik..( cream of the cream)..
Namun, bila IMAM MUDA 2 ini selesai, perjuangan para IMAM MUDA ini belum ternoktah di sini. Masih panjang perjalanannya.. Ini baru permulaan.. Jalan dihadapan masih banyak liku liku yang perlu dihadapi dan ditempuhi.
Dan tepuk bagi mereka yang mencetus idea bagi program ilmiah ini.. Yang diminati ramai..
Dan
TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT JUARA IMAM MUDA 2 iaitu:
IMAM MUDA HASSAN.
Namun, bila IMAM MUDA 2 ini selesai, perjuangan para IMAM MUDA ini belum ternoktah di sini. Masih panjang perjalanannya.. Ini baru permulaan.. Jalan dihadapan masih banyak liku liku yang perlu dihadapi dan ditempuhi.
Dan tepuk bagi mereka yang mencetus idea bagi program ilmiah ini.. Yang diminati ramai..
Dan
TAHNIAH SEKALI LAGI BUAT JUARA IMAM MUDA 2 iaitu:
IMAM MUDA HASSAN.
JUARA / JOHAN IMAM MUDA 2 2011 milik IM HASSAN atau IM Nazrul.
Malam ini detik itu akan tiba. Detik yang mana akan menampilkan IMAM MUDA MUSIM KEDUA bagi 2011. Seperti yang diketahui UMUM, fenomena program realiti IMAM MUDA bermula pada MUSIM PERTAMA yang diungguli oleh IMAM MUDA ASYRAF. terus nama beliau MENCANAK NAIK setelah berjaya pada TAHUN 2010. Menjadi satu program yang TERKENAL di serata DUNIA. Ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dalam negara.
Maka, siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA IMAM MUDA MUSIM KEDUA?. Pilihan cuma ada dua. Antara IMAM MUDA HASSAN atau IMAM MUDA NAZRUL? siapakah yang menjadi pilihan kawan- kawan nanti ye? Kenapa? Siapa yang lebih layak ?..
Apa pun percaturannya.. Akan dirungkai sebentar sahaja lagi..keputusan yang bakal merubah hidup IMAM MUDA itu sendiri. Dan bakal melebarkan lagi sayap IMAM MUDA UNTUK MUSIM KETIGA?(barangkali).
Dengan kemunculan program sebegini, Sedikit sebanyak dapat membuka minda kita yang jika kita berfikir secara kreatif.. Kita tidak perlu bersusah payah memanggil orang untuk datang kepada kita.. Tapi, dengan sendiri dan sukarelanya mereka akan datang kepada kita..
Maka, siapakah yang bakal dinobatkan sebagai JUARA IMAM MUDA MUSIM KEDUA?. Pilihan cuma ada dua. Antara IMAM MUDA HASSAN atau IMAM MUDA NAZRUL? siapakah yang menjadi pilihan kawan- kawan nanti ye? Kenapa? Siapa yang lebih layak ?..
Apa pun percaturannya.. Akan dirungkai sebentar sahaja lagi..keputusan yang bakal merubah hidup IMAM MUDA itu sendiri. Dan bakal melebarkan lagi sayap IMAM MUDA UNTUK MUSIM KETIGA?(barangkali).
Dengan kemunculan program sebegini, Sedikit sebanyak dapat membuka minda kita yang jika kita berfikir secara kreatif.. Kita tidak perlu bersusah payah memanggil orang untuk datang kepada kita.. Tapi, dengan sendiri dan sukarelanya mereka akan datang kepada kita..
JUARA IMAM MUDA MUSIM KEDUA bakal milik NAZRUL atau HASSAN?
KUALA LUMPUR: Dua peserta program Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, dan Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, berjaya mara ke peringkat akhir program tersebut pada 1 Julai ini.
Imam Muda 2 peringkat akhir akan disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, di sini pukul 9 malam.
Sementara itu, tiga peserta iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (Fakhrul), 27, Ammar Wan Harun (Amar), 27, dan Mohd Azlan Zulkarnain (Azlan), 25, tersingkir di minggu kesembilan pada Jumaat.
Menurut mudir (pengetua) Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, pemilihan Nazrul dan Hassan atas kerja keras dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.
“Mereka mempunyai kelebihan ilmu dan latar belakang agama yang menunjukkan mereka sentiasa berada di kemuncak sepanjang tiga bulan ini.
“Mereka juga mudah menerima arahan tidak mengira waktu dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas serta cabaran yang diberikan,” kata Hassan yang lebih mesra disapa ustaz ini.
Selain itu, kedua-duanya mempunyai kebolehan tambahan seperti pandai berlagu dan penuh irama apabila diuji membacakan ayat-ayat al-Quran dalam peperiksaan yang diberikan.
Pada peringkat akhir ini, mereka akan diberikan tugasan praktikal pulang ke kampung masing-masing dan mengendalikan projek sendiri yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, kedua-dua finalis itu akan melakukan perancangan idea dengan bantuan lapan peserta Imam Muda yang telah tersingkir.
MARI MENARI BERSAMA .. FOLLOWERS INI...
BUKIT JALIL: Pasangan Wan yang tersingkir pada minggu pertama program tarian Mari Menari musim kedua (MM2) malam Ahad lalu mengakui berasa puas hati dengan persembahan mereka.
Pasangan Mohammat Arziwan Amat, 25, (Wan) dan adiknya Azirah Nabihah Amat, 18, menjadi pasangan pertama yang tersingkir daripada kumpulan Belalang selepas mendapat undian terendah iaitu 18.13 peratus.
Kata Wan, walaupun hanya dapat bertahan selama seminggu dalam pertandingan tersebut, mereka tetap berpuas hati kerana telah mempersembahkan tarian sebaik mungkin dan menganggap rezeki tidak berpihak kepada mereka kerana peratusan undian penonton yang rendah.
"Perasaan sedih memang ada tapi secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan untuk minggu ini.
"Penyingkiran ini sudah kami jangkakan kerana peratusan kami adalah yang paling rendah sebelum pertandingan bermula.
"Jadi kami menerima ia dengan hati terbuka," katanya yang mengakui persaingan sengit dalam kumpulan Belalang.
KILAUAN EMAS. ASTRO PRIMA. SIAPA PILIHAN?
Menurut Nizam, program tersebut di aspirasikan daripada program realitinyanyian Classic Golden Melodies di saluran Astro Wah La Toi.
"Selepas menonton program realiti tersebut, saya mula terfikir idea untuk membuat program untuk golongan berusia lebih 45 tahun yang mengikuti bidang nyanyian.
"Saya yakin program Kilauan Emas ini mampu memberikan impak besar kepada penonton. Jika program ini mendapat sambutan hangat, saya akan meneruskan program ini pada tahun hadapan.
"Kita juga masih lagi menunggu mana-mana penaja yang mahu menaja hadiah untuk program ini," kata Nizam lagi.
Para peserta harus menyanyikan salah satu lagu wajib iaitu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu dendangan Ramlah Ram, Di Persimpangan Dilema(Nora), Seri Dewi Malam(Sharifah Aini), Gerhana (Kembara), Ku PendamSebuah Duka (Khadijah Ibrahim).
Selain itu, lagu Sampaikan Salam Cintaku (Alleycats), Epilog Cinta(Sohaimi Mior Hassan),Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak), Sejati(Wings) dan Widuri (Broery Marantika).
Mereka akan diadili oleh juri tetap iaitu penyanyi Sohaimi Mior Hassan dan Nora.
Program ini akan disiarkan di Astro Prima (saluran 105) bermula 24 Junini secara rakaman.
Siapa Mohd Nor Amin?..
oh Seorang Juruhebah radio rupanya..
TEMPAT INTERVIEW / UJIBAKAT USTAZAH PILIHAN.
Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:
9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
Sesi ujian dan temu duga terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.
~Sumber Kosmo.
USTAZAH PILIHAN.
Jom usha-usha..
Siapa yang rasa layak, boleh sertainya.. Yela.. mana tahu ada rezeki kat situ..
Siapa yang rasa layak, boleh sertainya.. Yela.. mana tahu ada rezeki kat situ..
KUALA LUMPUR: Saluran televisyen Astro Oasis memperkenalkan program realiti terbaru berjudul Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran pada 1 Oktober depan.
Program tersebut akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat.
“Idea menerbitkan program ini adalah rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk memberi pelung kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka.
“Bagaimanapun dakwah yang akan ditampilkan bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syarak yang semestinya menjadi suatu kelainan selain mampu menarik perhatian masyarakat,” ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.
Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Menerusi konsep Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri.
Mereka yang layak akan ditempatkan di ibu kota untuk menjalani kursus melalui mata pelajaran yang telah ditentukan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dalam aspek hal ehwal semasa.
“Kesemua peserta akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu berlandaskan format kitaran kehidupan.
“Format ini meliputi tugasan-tugasan yang akan mereka lalui berdasarkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekatan yang akan digunakan adalah relevan dengan realiti wanita di zaman moden,” tuturnya.
Dari segi pemarkahan, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan dibimbing oleh para Mursyidah (mentor) yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).
Markah akan diberikan kepada kumpulan dan individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang dilaksanakan setiap minggu.
Lebih istimewa, setiap warga kerja yang terpilih menjayakan program ini adalah di kalangan wanita.
“Kami sedang berusaha untuk merealisasikan bahawa kesemua yang terlibat dalam produksi ini adalah wanita.
“Malah kita mahu penonton yang hadir pada setiap minggu juga di kalangan penonton wanita sahaja,” katanya.
Cepat Mencari.
Ini antara tajuk-tajuk yang dicari dekat Malaysia. Senarai yang paling popular la kot. Kawan-kawan ada juga ke yang berminat dengan tajuk-tajuk kat atas tu?. Ini diambil berdasarkan Yahoo site la sudah semestinya. Akademi Fantasia tu paling first sebab tak lama lagi kanke dah nak start program realiti nombor satu di Malaysia. Mengalahkan program TV yang lain.
Ingatkah anda masa mula-mula bermulanya program ini. Dimana Vince menjadi Juara. Masa tu tak begitu memikat hati... Dan nampak masa tu lebih real. Sejak itu nampak lebih banyak lakonannya.. Tapi, tetap mendapat tempat di hati peminat Akademi Fantasia ni kan. (Terutamanya masa MAWI menjadi JUARA AF.. Memang ada fenomena TSUMAWI pula kan).
Agaknya, boleh ke ditamatkan riwayat AF ni. Yang ke 9 ni katanya yang terakhir.. Atau.. menjadi satu lagi GIMIK AF9?. Sama nantikan.
Lagi Artis Sehati Berdansa Bercerai : Sein & Nana
Baca kat BERNAMA tadi.. ada berita tentang perceraian Sein & Nana, pasangan yang menyertai Sehati Berdansa Musim Ke 3.
Sein & Nana berkahwin pada tahun 2006 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Nampaknya makin ramai pula pasangan Sehati Berdansa ni bercerai. Antaranya Ngasriah, Sabrina dan siapa lagi ye?.. Mungkin jodoh mereka takat itu sahaja. Sudah tersurat begitu. Moga nasib anak anak mereka terbela dan tidak diabaikan.
Semacam ada 'sesuatu' yang melanda bekas peserta 'Sehati Berdansa" ni.. Anda setuju tak?..
Ada ke yang tak tahu Sehati Berdansa ni?.. Program realiti yang melibatkan pasangan suami isteri artis. Sekarang ni dah tukar.. Tak melibatkan artis.. Nama rancangan pun dah tukar: Mari Menari.. Hos pun tukar.. Lisa Surihani tu..
Sein & Nana berkahwin pada tahun 2006 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Nampaknya makin ramai pula pasangan Sehati Berdansa ni bercerai. Antaranya Ngasriah, Sabrina dan siapa lagi ye?.. Mungkin jodoh mereka takat itu sahaja. Sudah tersurat begitu. Moga nasib anak anak mereka terbela dan tidak diabaikan.
Semacam ada 'sesuatu' yang melanda bekas peserta 'Sehati Berdansa" ni.. Anda setuju tak?..
Ada ke yang tak tahu Sehati Berdansa ni?.. Program realiti yang melibatkan pasangan suami isteri artis. Sekarang ni dah tukar.. Tak melibatkan artis.. Nama rancangan pun dah tukar: Mari Menari.. Hos pun tukar.. Lisa Surihani tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)

