Nak Souvenier best?

happy national day. 53th

salam merdeka.
pagi ni awal2 lagi menonton tv3. nak tengok sambutan kemerdekaan.
berlainan sikit sebab tahun ni kan disambut pada bulan ramadan.
dalam kawasan berbumbung.
memang menarik.. cuma tiada perarakan kontijen2 berpakaian seragam..
yang menarik persembahan kumpulan TTS..

sempena merdeka ni diucapkan selamat menyambut hari kebangsaan untuk semua pembaca dan bloggers..

nak kongsi maklumat ni.. mungkin ada yang dah lupa..

bendera_malaysia

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...