Nak Souvenier best?

budak mati kerana mercun

~sedih bila mengenangkan hayat anak kecil itu berakhir penangan mercun milik bapanya- mayatnya sehingga terpelanting ke atas pokok.. harapnya perkara ni jadi pengajaran terutama kpd pembekal mercun..

Mercun milik bapa mangsa?

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 23 Ogos – Polis kini menyiasat kemungkinan bapa Khairil Arif, budak lelaki berusia enam tahun yang maut dalam kejadian letupan sebuah rumah dijadikan stor simpanan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini semalam, ialah pemilik bahan letupan tersebut.

Siasatan polis di rumah lama tersebut menemui sebanyak 15 kotak besar mercun yang disimpan di bahagian dapurnya, antaranya Artillery, Ascorted, Cork Electrical dan Whistling Tail.

Bapa Khairil Arif, seorang peniaga berusia 28 tahun yang menghilangkan diri sejak kejadian itu akhirnya pergi ke rumah lama tersebut pada pukul 12.55 tengah hari ini dan menyerah diri kepada pihak polis.

Peniaga itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, bagi menguruskan jenazah anaknya yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Lama di Cabang Tiga, petang ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan pada sidang akhbar di sini hari ini berkata, bapa mangsa merupakan individu yang dikehendaki di dalam kes tersebut.

Beliau turut menunjukkan sisa mercun yang ditemui dalam kejadian letupan tersebut.

“Lelaki tersebut ditahan di lokap IPD Kuala Terengganu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

“Sejak kejadian, polis mencarinya bagi membantu siasatan kes tersebut selain untuk menguruskan jenazah anaknya (Kharil Arif) di hospital,” katanya

3 comments:

mummy_ayu said...

alahai..siannye...

nur said...

tu la.. peranan parents la patut banned mercun kat rumah masing2

nur said...

tu la.. peranan parents la patut banned mercun kat rumah masing2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...