Nak Souvenier best?

resepi roti canai

dapat dari sini

Ingredients:
Bahan-bahan ( 6 keping )

* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 sb susu pekat
* secubit garam
* 1/2 - 1 cawan air
* 1 sb minyak/marjerin/mentega
* marjerin/mentega-untuk salutan
* 3 biji telur - dipukul(saya gunakan 1 biji telur untuk 2 keping roti canai)
* Minyak-untuk menggoreng



Directions:
Cara-cara

1. Campurkan tepung, garam dan susu pekat. Gaul sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung hingga doh tidak melekat di tangan.
3. Masukkan pula minyak/marjerin/mentega. Uli hingga menjadi doh yang lembut.(Jika doh lembik, tambahkan sedikit tepung)
4. Tutup doh dengan kain lembab/´cling film´ selama 30 minit.
5. Bahagikan doh tadi kepada 6 bebola kecil. Salutkan setiap bebola kecil tadi dengan marjerin/mentega. Simpan beberapa jam sebelum digunakan.
6. Sapukan minyak/mentega di meja kerja dan di tangan. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tebar/tarik menjadi bentuk 4 segi. Letakkan telur yang telah dipukul di tengah-tengah. Balutkan.
7. Goreng dengan api sederhana dengan sedikit minyak sambil dibalik-balikkan hingga masak.
8. Sesuai dihidangkan bersama kuah dal dan sambal ikan bilis. Selamat mencuba.

-untuk koleksi.. belum cuba lagi...

4 comments:

Sang Gabriel said...

bleh beat kedai mamak ni

~Nur Zulaiha~ said...

lapor la,, baca n3 nie.. pagi2...
buatkan plz...

nur said...

gaban- boleh cuba.. pasni boleh bukak kedai gaban 24jam..

nur said...

nur zulaiha
- sila2 jemput buat sendiri ye.. hehe

ALL IN ONE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...