~Tak pastila betul ke tak.. Baca kat mstar.. Baca sendiri ye..
PETALING JAYA: Aktres popular Erra Fazira, 36, enggan melayan  sebarang gosip yang mendakwa rumah tangganya sedang bergolak gara-gara  suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin kononnya mempunyai hubungan  dengan wanita lain.
 
Menjawab dakwaan terbaru yang kembali diperkatakan, Erra bagaimanapun  menyifatkan cerita yang timbul itu sebagai sesuatu yang tidak berasas  selagi tidak mempunyai bukti.
 
"Jujurnya, memang saya pernah dengar cerita yang mengatakan Emran  mempunyai hubungan dengan wanita lain di luar tetapi saya selalu ambil  pendekatan untuk tidak ambil pusing selagi tiada bukti kukuh.
 
"Kadang-kala orang boleh bercakap dan memfitnah macam-macam tentang  kita. Jika benar dakwaan tersebut, saya sentias berdoa agar ditemukan  bukti dan petunjuk," katanya yang tidak hairan dengan dakwaan terbaru  itu.
 
Ditanya pula adakah dia pernah bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut  kepada suaminya, Erra mengakui pernah berbincang dalam keadaan yang  santai dan bergurau.
 
Namun perkara tersebut tidak pernah diperbesar-besarkan sehingga  mencetuskan perbalahan kerana tidak terbukti kesahihannya.
 
"Memang saya pernah bertanyakan perkara itu kepadanya tetapi dalam  keadaan yang santai dan bergurau. Namun, selagi tidak terbukti, saya  tidak mahu ambil serius.
 
"Tidak perlulah sampai kami berbalah di rumah semata-mata  mendengarkan cerita yang timbul sedangkan belum terbukti kebenarannya,"  katanya yang mengakui pengalaman bergelar selama hampir 18 tahun dalam  bidang seni banyak membantu dalam menangani gosip sebegini.
 
Bagaimanapun, Erra turut bersedia untuk berdepan dengan sebarang  kemungkinan dalam rumah tangganya seandainya perkara yang tidak diingini  itu benar-benar berlaku seperti mana yang didakwa.
 
"Sebolehnya saya tidak mahu memikirkan tentang perkara remeh-temeh  yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.
 "Bagaimanapun, seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya  sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya  yang ditemui pada majlis pelancaran program rombongan Erra Art Club di  Borders, The Curve, di sini,