Nak Souvenier best?

Bayangkan Sendiri......

TAKNAK SHARE GAMBAR.. NANTI TERGODA PULA.. BACA JE LA.. BAYANGKAN SENDIRI..


CUACA yang panas ketika menjalani ibadah puasa membuatkan anda terbayangkan aiskrim yang sejuk dan enak.
Namun bagi mereka yang mahu menjamah sesuatu yang ringan, aiskrim pasti menjadi pilihan untuk berbuka puasa atau dijadikan hidangan pencuci mulut selepas menjamu selera.
Bagi mereka yang mahu menikmati aiskrim bersama rakan dan keluarga, New Zealand Natural menawarkan dua set istimewa Ramadan sehingga 4 September ini.
Set pertama sesuai dinikmati untuk dua orang iaitu banana split yang dihidangkan bersama dua cawan kopi pada harga RM27.90 berbanding harga biasa RM34.70.
Mereka yang datang lebih daripada tiga orang pula boleh memesan set kedua iaitu Mount Cook yang dihidangkan bersama tiga cawan kopi pada harga RM44.90 berbanding harga biasa RM55.60.
"Promosi ini ditawarkan di semua cawangan New Zealand Natural kecuali di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.
"Untuk set kedua iaitu Mount Cook, pengunjung boleh memilih lima daripada 25 perasa yang ditawarkan," kata Pengarah Operasi NZ Natural Sdn. Bhd., Paul Y. N. Khong.
Lebih menarik, penggemar durian boleh menikmati aiskrim berperisa durian yang diadun bersama aiskrim vanila klasik menepati cita rasa tempatan.

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Membayangkan lagi dahsyat nur... terbayang yg lazat dan enak...

Unknown said...

mahalnya..:)

faraherda.razalan said...

Siang terbayang...malam pandang sepi.

terokai seni said...

time posa semua nak balun!

insan marhaen said...

Selalunya, bila bawa ibu_suri siar-siar IM akan singgah di Petrol Station dan beli aiskrim Magnum. Makan bersama ibu_suri dalam kereta.

juanita said...

Aduhaiiii...nangess....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...