Nak Souvenier best?

Happynye Bile Pregnant!!

ASAL ADA CERITA PREGNANT ARTIS JE SURE MASUK PAPER PUNYE.. HAPPY LA KAN.. TAK CAYA TANYA KAWAN KAWAN YG PREGNANT.. ADA KE YG TAK HAPPY?

MASIH TERKEJUT DGN KISAH BUDAK SEKOLAH AGAMA YG BERSALIN DI SEKOLAH..

Marion Rose Counter Abdullah kini sedang meniti titian menjadi seorang wanita yang lengkap, secara harafiah. Dia kini sedang hamil anak sulung yang bercambah benih usianya lima bulan.

Bahagia Marion memang tidak dapat ditahan-tahan. Baginya yang mengetahui dia hamil sekitar Mac lalu, berita tersebut adalah sebuah rahmat terbesar buatnya dan suami.

Ini kerana akui wanita berketurunan Cina yang kini fasih berbahasa Melayu, sejak bernikah pada bulan Disember tahun lalu, baik dia mahupun suaminya, Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasaruddin atau mesra dipanggil Nasa memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.

Tiada istilah fasa bulan madu untuk mereka kerana cinta selama lima tahun yang dipupuk bersama sudah menjadi kembara asmara buat mereka berdua. Kini, dalam fasa berumah tangga, mereka tidak mahu menunggu lama untuk membesarkan empayar Nasa-Marion, sementelah usia juga bukan semakin muda.

Memberitahu dia mengalami alahan yang teruk pada fasa pertama kehamilan, ia tidak langsung membunuh keterujaannya hamil buat kali pertama. Walau mengaku pada awal kehamilan dia sedikit terganggu kerana langsung tidak boleh menyentuh makanan atau minuman, namun dia mahu melalui kembara sembilan bulan hamil dengan penuh aprisiasi.

“Saya membuat empat kali ujian kehamilan untuk memastikan saya tidak silap. Waktu itu saya di Singapura, baru selesai rutin mengacara di E! News Asia,” ujarnya bersulam ketawa.

7 comments:

faraherda.razalan said...

Didikan agama yg tinggi pun adakala boleh longlai dgn bisikan syaitan.

Unknown said...

mmg nur... anak amanah dari ALLAH. akk yg mengandung anak ke-5 ni pun excited dan bersyukur... alhamdulillah...

amirah said...

happy campur debar sebab berdebar saat nak melahirkan nnti

Unknown said...

mengandung memang seronok...
walaupun melahirkan tu sakit tapi
bila mengandung kali yang seterusnya
tetap rasa seronok dan teruja..

Chik Att said...

artis.... nak buat kuih raya pun masuk berita ...

♥ Nana BamBam ♥ said...

mama kita pregnant dulu pon dia cakap happy gileee...huhuhu

Anonymous said...

mari0n cantik. msti g0jes ble pwut b0y0t nnti..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...