Nak Souvenier best?

ekstasi

Apakah Ekstasi?

Ia adalah sejenis dadah dari kumpulan Amphetamine-Type Stimulant (ATS). Secara kimianya, ia dikenali sebagai 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) Seperti lain-lain dadah yang diharamkan, tiada kawalan kepada faktor seperti keberkesanan dan kebersihan semasa proses pembuatannya yang dijalankan secara haram. Penipuan sering berlaku dengan penambahan bahan lain yang lebih murah.

Dadah begini mempunyai jumlah MDMA yang berbeza. Oleh itu ia boleh meningkatkan risiko untuk mengambil dos yang berlebihan, mengalami keracunan atau mengalami kesan sampingan selepas mengambilnya.

Apakah nama lain untuk Ekstasi?

Ekstasi juga dikenali sebagai 'love drug', 'yuppie drug', 'pink lady' dan 'playboy'.

Adakah Ekstasi merbahaya kepada kesihatan?

Ya. Ekstasi mempunyai banyak kesan yang buruk kepada kesihatan.

Ekstasi Menyebabkan Ketagihan Secara Psikologi

* Penagihnya akan bergantung kepada dadah ini secara psikologi. Mengambil dadah ini menjadi lebih utama dari segala aktiviti lain dalam kehidupan penagihnya. Ia akan menjadi semakin sukar untuk penagih berhenti atau mengurangkan penggunaan Ekstasi.

Ekstasi Menyebabkan Masalah Psikiatri

* Kelakuan yang pelik, paranoia (perasaan syak wasangka yang melampau tanpa sebab yang kukuh), kemurungan dan berhalusinasi (mengalami sesuatu yang tidak wujud).

Kesan Ekstasi Pada Sistem Saraf Pusat

* Kesan dadah ini kepada sistem saraf pusat tubuh ialah dengan meningkatkan suhu badan, peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah. Ini ditambah pula dengan terlalu panas dan meminum air yang banyak akan menyebabkan otak menjadi bengkak, pendarahan dalam otak, kerosakan otak dan kematian.
* Kesan jangka panjang dadah ini ialah kerosakan yang kekal pada urat saraf dan sebahagian daripada otak

Ekstasi Merosakan Jantung

* Ia menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat dari biasa
* Ia juga meningkatkan tekanan darah
* Ini akan menyebabkan denyutan jantung yang tidak menentu, kegagalan jantung dan kematian

Ekstasi Merosakan Otot, Sendi dan Tulang

* Menari terlalu lama yang disebabkan oleh Ekstasi boleh mencederakan otot, sendi-sendi dan tulang.

Ekstasi Menganggu Keupayaan Darah Untuk Membeku

* Ekstasi mungkin akan memberhentikan keupayaan darah untuk membeku yang mengakibatkan pendarahan dalaman dan kematian kepada penagihnya

Ekstasi Membahayakan Kehamilan

* Ekstasi mungkin dapat melepasi uri dan membahayakan janin dalam kandungan. Keguguran boleh berlaku.

Ekstasi Membahayakan Pengguna Jalanraya

* Risiko untuk berlakunya kemalangan bertambah apabila pemandu kenderaan berada di bawah pengaruh Ekstasi kerana gangguan peglihatan, halusinasi dan pengurusan yang lemah

Ekstasi Mendedahkan Penagihnya Kepada Eksploitasi Seksual dan Seks Yang Tidak Selamat

* Remaja, terutama sekali gadis yang berada di bawah pengaruh Ekstasi, akan terdedah kepada bahaya eksploitasi seksual, seperti seks yang tidak selamat, kemungkinan untuk mendapat jangkitan HIV, Hepatitis dan lain-lain sakit kelamin.

Siapa sahaja yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetis, penyakit hati, sawan (epilepsy) dan sejarah penyakit mental atau mudah panik berhadapan dengan bahaya secara fizikal dan psikologi apabila mengambil Ekstasi.

Bagaimana kematian boleh berlaku pada penagih Ekstasi?

Tiada kaitan antara dos yang diambil dengan risiko kesan sampingan yang serius atau kematian. Seseorang itu boleh maut hanya dengan mengambil cuma sebiji sahaja pil Ekstasi. Kebanyakan kes kematian akibat Ekstasi berlaku pada penagih yang biasa mengambilnya tanpa sebarang kesan sampingan yang merbahaya. Tiada siapa tahu mengapa setengah orang mempunyai kesan sampingan yang teruk kepada dadah ini.

* Kesan rangsangan dadah ini menyebabkan tekanan darah terlalu tinggi, suhu badan naik terlalu tinggi dan denyutan jantung yang terlalu laju. Ini akan mengakibatkan serangan sakit jantung dan pendarahan dalam otak
* Kepanasan yang melampau dan kekeringan
o Berpeluh yang berlebihan yang disebabkan oleh kepanasan dan kegagalan untuk menggantikan garam dan air yang hilang melalui peluh yang berlebihan menyebabkan kekeringan. Tubuh akan cuba mengekalkan air didalam badan dengan memberhentikan fungsi perpeluhan dan buah pinggang
o Kepanasan menyebabkan terjadinya kekejangan, koma kegagalan buah pinggang yang akut dan kematian

* Meminum terlalu banyak air
o Beberapa kes kematian telah berlaku akibat dari meminum air yang terlalu banyak dalam masa yang singkat kerana terlalu dahaga
o Di bawah pengaruh Ekstasi, pernah terjadi penagihnya meminum air sebanyak 20 liter dalam masa 3 jam. Kesannya darah menjadi cair dan sel-sel tubuh mengembang yang mana boleh membawa kematian di otak kerana sel-sel otak mengembang dan akhirnya tertekan oleh tulang tengkorak.
o Bahagian otak yang mengawal jantung dan pernafasan akan mengalami kerosakan kekal dan orang itu akan mati
o Dadah ini menyebabkan tubuh mengeluarkan sejenis hormon iaitu hormon antidiuretic yang menghalang buah pinggang membuang air yang berlebihan yang menyebabkan ia menjadi semakin teruk

Apa pandangan undang-undang mengenai Ekstasi?
Menurut Akta Dadah Merbahaya (Pindaan 1998), sesiapa yang memiliki dadah jenis MDMA:

* Kurang dari 5mg boleh dihukum dibawah seksyen 12(3) akta tersebut yang membawa kepada hukuman denda tidak lebih dari RM 100,000 dan/atau penjara penjara tidak lebih dari 5 tahun
* 5mg dan kurang dari 30mg, boleh didakwa di bawah seksyen 39A(1) akta tersebut yang membawa hukuman penjara antara 2-3 tahun dan dirotan sebanyak 3 - 9 kali.
* 30mg dan kurang dari 50mg boleh didakwa dibawah seksyen 39A(2) akta dadah merbahaya yang membawa hukuman penjara antara 5 tahun ke seumur hidup dan rotan tidak kurang dari 10 kali
* 50mg atau lebih, dianggap sebagai pengedar dadah dan membawa hukuman mandatori hukuman mati jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen 39B akta

Di bawah akta ini hukuman mandatori rotan sehingga 3 kali, untuk kakitangan kerajaan yang berkerja di pusat pemulihan, lokap polis, penjara dan pusat tahanan yang ditangkap bersama dengan dadah tersebut.

atchung! bersin

Apa itu bersin?

Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung.Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu.

Penyebab yang biasa

Alergi / alahan

  • Debu
  • Kutu haiwan
  • Debunga
  • Kulat

Jangkitan virus

  • Selesema
  • Jangkitan saluran pernafasan

Bahan iritasi kepada hidung

  • Bedak
  • Asap
  • Bau yang kuat

Apakah yang perlu dilakukan?
Jumpa doktor sekiranya

Bersin disertai dengan gejala seperti;

  • Sakit kepala
  • Hidung tersumbat
  • Sesak nafas

Bersin disertai mata gatal, sukar bernafas dan ruam badan.
Demam.

  • Dapatkan rehat secukupnya.
  • Minum banyak air.
  • Virus selesema amat mudah berjangkit sekiranya anda bersin, guna tisu atau tangan untuk menutup mulut ketika bersin.
  • Basuh tangan dengan kerap, virus selesema boleh merebak melalui sentuhan tangan.
  • Sekiranya bersin disebabkan alergi, cuba kurangkan pendedahan anda kepada bahan alergi dan dapatkan rawatan dari doktor.
  • Rawatan boleh didapati dalam bentuk tablet dan alat semburan hidung

Tip untuk mengurangkan pendedahan di kawasan alergi / alahan

  • Jauhi haiwan peliharaan berbulu
  • Guna penapis udara untuk mengurangkan debunga atau bahan alergi dari udara
  • Elakkan dari merokok dan asap
  • Elak dari terdedah kepada orang yang dijangkiti selesema
  • Tukar atau cuci penapis udara secara berkala
  • Cuci karpet dengan penyedut hampa gas secara berkala
  • Jangan menggunakan penyapu untuk mencuci rumah, gunakan hampa gas ("vacum cleaner")

Rawatan

Kenal pasti punca bersin dan hilangkan punca bersin sekiranya boleh. Ubat "Antihistamina" digunakan sebagai rawatan pertama untuk bersin disebabkan alergi. Semburan hidung dari ubat steroid boleh digunakan untuk penyakit kronik."Nasal decongestants" boleh memberi kelegaan sementara. Tetapi kegunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan gejala lebih teruk.


~source-infosihat

i lUv TuppErwAre BranD!!!!

sila klik banner..


semoga bertuah untuk mendapat hadiah ini.. sempena ramadhan

lengkapkan slogan sy nak mng hadiah set ramadan kerana..................(tidak mlbihi 20 perkataan)
mengharapkan ramadhan dan syawal tambah bermakna dengan ketibaan orang baru dan tupperware baru!!

  • 1 ramadan set menanti anda

Contest: Miss Zahidah Holiday



jom la join ramai-ramai.



*********************************

Syarat-syarat penyertaan:
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai blog
3. Menjadi "follower" di blog Everything For You (tidak wajib, tetapi dialu-alukan)
4. Linkkan blog Everything For You di blog anda (tidak wajib)
5. Pasangkan banner beserta link contest ini
6. Buat satu entry bertajuk "Contest: Miss Zahidah Holiday"
7. Jawab tiga soalan yang diberikan (Jawapan dijadikan isi entry)
8. Pemenang akan dinilai melalui keperincian jawapan dengan ayat yang kreatif.
9. Tinggalkan permalink anda di ruang komen
10. Tarikh tutup penyertaan pada 31 July 2010, 11.59pm


Soalan:
1. Miss Zahidah berasal dari:kuching sarawak

2. Negeri yang pernah dilawati oleh Miss Zahidah ialah: di sini
a)sabah
b)selangor
c)labuan
d)melaka
e)pulau pinang
f)johor

3. Negara yang pernah dilawati oleh Miss Zahidah ialah indonesia


****************************************


1 Hadiah Utama
1 Hadiah Kedua
1 Hadiah Ketiga
5 Hadiah Saguhati
1 Hadiah untuk follower yang bertuah


(Hint: Semua jawapan boleh didapati dari blog Everything For You)

lucky draw ramadhan

SAYA SUKA MAKAN BUAH KURMA



sebab ia memang favourite.
sunnah nabi..
memberi bekalan tenaga ekspress

semoga dapat berkat KURMA RAMADHAN DI SINI

dana kecemasan 3

Apakah yang dimaksudkan “Bayar Diri Anda Sendiri Terlebih Dahulu”?

Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dahulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.

Jangan berputusa asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Menyimpan satu Ringgit sehari atau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi dihujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atau RM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan,“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!” Adalah lebih baik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripada cuba menyimpan dengan banyak dan gagal.


Jadi, kuncinya ialah menjadikan tabiat menyimpan duit setiap kali mendapat gaji. Apabila anda menyimpan terlebih dahulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya. Seperti yang dikatakan, “Out of sight, out of mind!” (“Apa yang tidak dapat dilihat, tiada dalam minda!”).


~think about it

New Stuff INNIT

recently nuffnang innit dah buat plastic surgery..
wajah baru!!
still fening2 lagi tgk but memang menarikla..
u can add friend instantly kat situ..
tapi the person tau x kita add dia as friend?(wondering)

and for the first 2 days i had trouble signing it.. dah putus asa but
when i try again today.. i can log in..

so.. bloggers.. join it...
the more the merrier

dont forget to nang me!!

dana kecemasan 2

sambungan...


Mengapa Saya Perlu Ada “Dana Kecemasan”?

Sepertimana yang dikatakan oleh Forrest Gump dalam filemnya “Life is like a box of chocolates… you’ll never know what you’ll get!” (“Hidup ini seperti sekotak coklat... anda tidak akan tahu apa yang anda akan dapat!”) Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari cerah dan hari hujan. Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi-situasi yang tidak diduga, pasa waktu itulah anda memerlukan lonjakan tambahan “Vitamin M” (duit kecemasan).

Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang (lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan “Ah Long”), jika anda tidak mempunyai duit simpanan. Anda tetap mahu membayar bil dan memastikan hutang kad kredit sentiasa rendah walaupun ketika sesuatu yang tidak diduga berlaku ke atas anda.


Oleh kerana tiada siapa yang tahu masa hadapan, semua orang memerlukan dana kecemasan.

Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?

Anda mungkin berfikir yang tiada baki duit yang dapat disimpan selepas membayar semua bil. Ramai orang, tidak kira berapa banyak duit yang mereka ada, mengatakan mereka tidak dapat menyimpan. Itu adalah kerana perbelanjaan biasanya meningkat sehingga ia menggunakan semua duit lebihan anda.

Namun, hanya anda sahaja yang boleh mengubah keadaan ini. Begini caranya:

  • Bayar diri anda sendiri terlebih dahulu
  • Cipta satu “akaun simpanan automatik” yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan
  • Turunkan perbelanjaan anda dengan hidup secara bijak
  • Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang BENAR-BENAR ketat!
  • Cuba sehingga anda berjaya tetapi jangan putusa asa!!

hasil tangan AZIE 1st anniversary blog

mari join this GA
terbuka dari sekarang hingga 31/7/10. undian akan dibuat pada 1/8/10. cuma tinggalkan komen disini dan sebarkan giveaway ni di blog anda.
hadiahnya, sepasang maxi dan 1 beg untuk si comel.


















baju ni muat anak dara yg tinggi dari bahu ke tumit dalam 31 inci. beg pula 4 x 5 inci, berwarna krim dan bertali panjang.

... Lucky Draw RASP ...

mari join-

Sempena birthday ahkak today(HAPPY BIRTHDAY YE), i decided nak buat lucky draw tapi bersyarat iye :)


Syarat2nya adalah :-

1) Just copy paste gambar lucky draw tu ke blog uols... DONE

2) Buat a simple entri kat blog uols pasal lucky draw ni or nak copy paste syarat2 nie pun ok je... SIMPLE ENTRY YG NI BOLEH LA

3) Tinggalkan komen kat entri ahkak ni bila dah settle steps 1 & 2 ...OK

4) Peserta tak semestinya follower pun, and tak perlu jadik follower i ....
FOLO JUGAKLA

5) Peserta haruslah mempunyai alamat di Malaysia ya..... ANAK JATI MALAYSIA DI MALAYSIA

Tu je syarat2nya...sap sap soi.....tarikh tutup 28 Julai 2010, 12 tengahmalam. Nama pemenang lucky draw akan disiarkan pada 30 Julai 2010. Cabutan nama-nama pemenang yang bertuah akan dilakukan oleh SH. 3 pemenang akan dipilih...Keputusan adalah muktamad!

GOOD LUCK TO ALL!!!!

MAMALYNA'S GIVEAWAY : "KETUK-KETUK RAMADHAN"


sempena ramadhan ini mamalyna nak bagi GA.. so kawan2 mari lah menyinggah ke blognye...

mari mari mari... klik kat banner tu ye...

eirah-craft.blogspot.com First GIVEAWAY




harini joined GA eirah craft
mari memeriahkan majlis

hadiah sangat menarik
due 1 ogos

sila klik SINI

kencing malam

pernah mengalami masalah ini?
panduan dari infosihat

Apakah Enuresis?
Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam. Ini adalah satu keadaan dimana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkkan yang 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masaalah dalam sistem buah pinggang Kajian menunjukkan di Malaysia masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi kencing malam.

Apakah sebab Enuresis?
Kencing malam selalu berlaku dalam sesebuah familli.
Kencing malam boleh disebabkan

  • Ruang pundi kencing yang kecil.
  • Gangguan tidur,kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan mereka tidur terlalu nyenyak. Walaupunbagaimapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
  • Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Jenis-jenis kencing malam?

  • Kencing malam hanya diwaktu malam.(peringkat awal nokturnal enuresis)
  • Kencing malam diwaktu malam dan siang hari(tidak boleh mengawal kencing)-hal ini perlu penilaian seterusnya oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain.
  • Sebab-sebab gangguan lain yang boleh menyebabkan kencing malam(secondary enuresis) ialah jangkitan pada pundi kencing,masalah saraf tunjang, pundi kencing yang tidak normal dan masalah metabolisma seperti kencing manis.Selalunya keadaan yang seperti ini akan menunjukkan tanda-tanda lain selain dari kencing malam.

Adakah kencing malam memerlukan ujian?

  • Tidak semestinya jika sejarah kencing malam tanpa disedari ini hanya berlaku pada malam sahaja(Peringkat awal nocturnal enuresis) tanpa tanda-tanda penyakit lain.

Apakah pontensi komplikasi?

  • Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri didalam diri kanak-kanak dan perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik dan masalah sosial yang lain.
  • Tekanan didalam keluarga.

Cara rawatan

  • Mengubah sikap- contohnya memberi ganjaran pada anak anda sekirannya dia tidak kencing malam.
  • Loceng kencing malam yang mana membangunkan anak anda setiap kali bila ia kencing malam (tidak banyak terdapat di Malaysia)
  • Ubatan untuk membantu anak anda kekal kering,dapatkan bantuan doktor anda mengenai perkara ini.
  • Ingat : enuresis akan bertambah baik bila umurnya meningkat.

Cara lain yang boleh membantu.

  • Jangan salahkan anak anda,ini bukanlah kesalahan dia. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.
  • Kurangkan minum diwaktu petang dan malam.
  • Bangunkan atau angkat anak anda ditengah malam untuk kencing, ini boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
  • Gunakan lapik tilam yang kalis air.
  • Pewangi bilik.
  • Mandi di waktu pagi sebelum kesekolah.

Cerita-Ceriti Ibu Ayra lucky draw

Syarat-syaratnya mudah saja:

1. Be my follower sepanjang Lucky Draw ini berlangsung. (lepas tu terpulang korang still nak follow atau tak)
DAH FOLLOW 206

2. Letakkan Cerita-Ceriti Ibu Ayra dalam bloglist anda. (jugak sepanjang Lucky Draw nih berlangsung saja)OK DAH LETAK

3. Buat satu special entri tentang Lucky Draw nih dan perlu link terus ke entri ini. Dalam entri tersebut, sila berikan komen/pendapat/idea anda untuk blog Cerita-Ceriti Ibu Ayra nih dan tag kawan2 anda untuk join. The more the merrier!
THIS IS THE ENTRY.. KAWAN2 SILA JENGUK2.. KLIK ON ABOVE BANNNER

4. Letakkan banner Lucky Draw@Cerita-Ceriti Ibu Ayra di sidebar blog anda dan linkkan terus ke entri ini.
DAH LETAK

5. Tinggalkan ID follower anda, url entri Lucky Draw dan email di ruangan komen entri ini sahaja. (di shout box tak akan diambik kira)
DAH KOMEN
6. Lucky Draw ini akan bermula dari sekarang sehingga 8 Ogos 2010 (11.59malam)
HOPE I'LL BE LUCKY LUCKY

HADIAHNYA- SILA KLIK BANNER UTK MENGETAHUINYA..

"nur_eimi Lucky draw..."


mari join lucky draw nur_eimi

sila klik di banner

semoga bertuah...

antara hadiahnya

buku resepi
sampul duit raya(ada duit raya x dalam tu?)

dana kecemasan 1

Anda mungkin pernah mendengar pepatah ini, “Apabila hujan, ia turun dengan lebat!” Ini adalah benar, lebih-lebih lagi dalam masalah kewangan kerana kesan gandaan. Oleh itu, kita dinasihatkan agar menyediakan satu Dana Kecemasan kita sendiri sebelum tsunami kewangan melanda!

Apakah yang dimaksudkan “Dana Kecemasan”?

“Dana kecemasan” biasanya adalah satu dana yang anda cipta untuk membayar perbelanjaan diluar jangkaan. Sebagai contoh:

  • Tayar-tayar kereta anda perlu ditukar dengan yang baru.
  • Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan.
  • Anak anda mempunyai masalah apendiks dan memerlukan pembedahan.
  • Gigi geraham anda perlu dicabut.
  • Tiba-tiba syarikat anda bankrap.

Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Itulah masanya “hujan lebat”!


~for my own info and want to share..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...