DADDY SEX TU AP A ????!!!!!
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada
daddynya,
'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang
yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak- anak yang
masih kecil.. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat
dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan
harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan
bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak,
hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi
dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah
percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi
hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya
itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek.
Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada
muka depan tertulis.... .
>
> SCROLL DOWN....
>
>>
>
>
>
>
>
>
>
>
> NAME : ............ ......... ......... ....
> SCHOOL : ............ . ........... ......... ...
> CLASS : .............. ......... ......... .....
> SEX :........... . ......... .......... ....
>
~ something to make u laugh..
3 comments:
lol.. should be "Gender" =P
hahaha...bahaya jugak.kalau utk bdk2 takyah la tulis cmtuh..
setuju yh mcm ken bgtau..
kah3!
sengalnye si AYAH.
Post a Comment