Nak Souvenier best?

Kenapa Nak Pandang SINIS? Sedangkan Kerja Mulia...

Dipandang sinis
Berbicara lanjut, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu memberitahu sewaktu mula-mula bertugas sebagai pemandu bas, ramai sanak saudara yang memandang sinis kepadanya.
Tetapi, semua tanggapan negatif itu tidak dihiraukan kerana bagi Norsiah dia hanya mahu membantu keluarga mencari rezeki yang halal.
“Alhamdulillah, berkat kesabaran saya lama-kelamaan pandangan negatif sanak saudara tersebut lenyap kerana menyedari bahawa wanita juga sebenarnya mempunyai kemahiran tersendiri memandu kenderaan berat itu,” ujar wanita itu sambil menghela nafas panjang tanda lega dengan situasi yang dilalui ketika itu.
Menyelami kehidupan Norsiah, tanpa sedar ia mampu menerbitkan rasa kagum di hati apabila melihat ketabahannya dalam melaksanakan tugas.
Seawal pukul 4 pagi, Norsiah sudah bangun untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Dia dikehendaki berada di depoh sekitar pukul 5 pagi untuk memulakan tugas membawa bas pertama pada pukul 6 pagi.

4 comments:

sisdee said...

ish apapun kerja tak yah le pndang hina wlupn org tu angkat sampah sekali pun..keje camtu le yg mulia sbb klu tak de orang2 camtu camne kita nak bgerak (klu pgangkutan awam) dan sape nk kutip sampah kita (klu org tu keje kutip sampah) emmm...yg pnting kerja tu halal

JR said...

Semua kerja halal perlu dipandang mulia....

Entri terbaru blog JR:

Kalah Bola: Media Indonesia Kutuk Malaysia?

shahrazali said...

tak pahamm kenapa kerja pemandu bas pun dipandang sinis... teruk la mentaliti sedara mara dia...

kay_are said...

manusia memang pandai menghukum dan wat tanggapan sendiri je.. yang penting, dorang rase dorang betul.. orang lain salah.. em..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...