Nak Souvenier best?

Showing posts with label Erra Fazira dan Engku Emran. Show all posts
Showing posts with label Erra Fazira dan Engku Emran. Show all posts

JUARA MENTOR 5. SALMA!

MENTOR tu yang menjadi cikgu.
PROTEGE pula adalah untuk anak murid atau pelajarnya..
Kenapa Tak letak nama MENTEE ye?

Apapun entri khas ini adalah untuk mengupdate JUARA MENTOR 2011 yang telah digondol dengan hebatnya oleh si JUARA la kan. Gandingan mereka berdua memang mantap.. Sungguh sesuai dan sebab itulah mereka berjaya membawa pulang hadiah yang menarik.

Dalam banyak-banyak MENTOR yang dah berlangsung selama 5 kali ni kan, siapakah PROTEGE yang paling berjaya? Bagi pendapat peribadi, suka pada JUARA MENTOR 3 (kalau tak silap, kalau silap sila betulkan), iaitu BLACK. Rupa bukanlah segalanya tapi adalah bonus la untuk seseorang. Black memang mempunyai vokal yang best dan unik. Oh ye, Fiq pun sedap juge..

Jadi, apa pendapat kawan-kawan dengan JUARA MENTOR 5 ni?
Keputusan dah muktamad.. Tidak boleh dipersoalkan lagi..

Jadi, kita cuma ucapkan tahniah kepada JUARA MENTOR 5..
siapa lagi kalau bukan .....
SALMA..

Markah Penuh: Salma-85, Shiha - 63, Iqa-56


Nyesal ke tak undi..?

-oh ye tahniah buat Norshila.. Dapat 1k tu...
LAGU SALMA DITUJUKAN KHAS BUAT "jambu"

JUARA MENTOR 2011.

Bakal diketahui tidak lama lagi ye kawan-kawan. Permulaan atau pembuka tirai persembahan MENTOR malam ni dimulakan oleh HUJAN .. Dengan lagu mencari konklusi. Konklusi apakah yang dicari tu ye?
Siapakah agaknya yang bakar bergelar JUARA MENTOR 2011 ni? Adakah Salma atau Ika ataupun Shiha.. Akhirnya kena tengok persembahan mereka juga baru boleh menilai dan mengundi ye tak. Macam tahun lepas JUARA MENTOR digondol oleh PROTEGE Ziana Zain. Memang tidak disangka juga yang Mohd tu berjaya bergelar JUARA.
Jadi, siapa yang bakal menjadi pilihan nanti. Kata orang tak kenal maka tak cinta.. Eh.. Tak tengok maka taktau siapa yang bestla kan...
Begitu juga dalam kehidupan sehari- hari.. Kalau kita tak tengok dan nilai kemampuan seseorang,macamana kita nak percayakan seseorang itu. Performance itu penting.. Atau, sanggup ke kita nak CUBA DAN JAYA.. kalau kita CUBA lepas tu GAGAL cemane ye?..

Kalau takut jatuh.. Jangan belajar berjalan!

MENTOR MENTOR MENTOR..
siapakah Mentor anda dalam hidup ini..

SOLOMOLO pilih Salma.. Lagi ?
Ummi Alesya dan BANTALBUCUK pun pilih Salma.. Rasanya bukan Salma kot.

Tak lama je lagi..

Apekebendenye eh jang?
Buat pengetahuan semua, 2 minggu yang lalu tuan blog ALL IN ONE ni ada menganjurkan satu giveaway. TerimaKasih buat semua yang sudi menjayakan. Terima kasih atas kesungguhan kawan-kawan yang budiman. Jadi, tidak lama lagi akan diumumkan siapakah bakal pemenang. Sila tunggu dan lihat. Sebenarnya ini adalah salah satu cara nak menghargai rakan- rakan yang sudi mengunjungi blog ALL IN ONE yang tidak seberapa ini.

Kata orang rezeki tu elok dikongsi- kongsi jika ada yang terlebih sudah.. Hasil pendapatan berblogging secara suka-suka ni maka adalah sedikit yang boleh dikongsi di sini. Harap ganjaran tak seberapa ni bisa membuat kawan yang bertuah nanti tersenyum.. Bak kata idola femes emes MAMA ZHARFAN: siapa taknak benda free kan..

Agaknya siapakah yang bakal menjadi bertuah nanti.. Ada sesiapa nak undi tak? Atau cadangan lain.. Secara cabutan bertuah?.. Nak guna random ke nak buat manual? Silalah mengundi.. Atau sesiapa ada idea BAIKPUNYE?..
Undi jangan tak undi..

MENTOR?

Cantik Itu Subjektif Ke?..

~Betul ke cantik itu subjektif? Kecantikan sebenar adalah terletak pada mereka yang menilai kecantikan itu..

Antara Erra Fazira, Maya Karin dan Vanidah Imran.. Siapa yang paling cantik?..

Bak kata Erra.. seperti berikut..

Memegang prinsip keterampilan seseorang wanita perlu dijaga, maka atas faktor itulah wajahnya tetap kelihatan jelita.

“Setua mana pun seseorang itu, keterampilan hendaklah dijaga tetapi ia perlulah sesuai dengan diri seseorang. Bagi saya, pakaian mencerminkan peribadi seseorang itu. Jadi kecantikan dan penampilan amat penting kerana orang luar akan mentafsir diri seseorang itu berdasarkan apa yang dilihat.

Jadi, kesimpulannya penampilan yang menarik itu lebih penting.. sebab kalau cantik pun tap kurang menjaga penampilan.. tak cantk juga kan?.. Ada yang tak setuju?


Betulke Erra Fazira ni?...

~Tak pastila betul ke tak.. Baca kat mstar.. Baca sendiri ye..

PETALING JAYA: Aktres popular Erra Fazira, 36, enggan melayan sebarang gosip yang mendakwa rumah tangganya sedang bergolak gara-gara suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin kononnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Menjawab dakwaan terbaru yang kembali diperkatakan, Erra bagaimanapun menyifatkan cerita yang timbul itu sebagai sesuatu yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.

"Jujurnya, memang saya pernah dengar cerita yang mengatakan Emran mempunyai hubungan dengan wanita lain di luar tetapi saya selalu ambil pendekatan untuk tidak ambil pusing selagi tiada bukti kukuh.

"Kadang-kala orang boleh bercakap dan memfitnah macam-macam tentang kita. Jika benar dakwaan tersebut, saya sentias berdoa agar ditemukan bukti dan petunjuk," katanya yang tidak hairan dengan dakwaan terbaru itu.

Ditanya pula adakah dia pernah bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut kepada suaminya, Erra mengakui pernah berbincang dalam keadaan yang santai dan bergurau.

Namun perkara tersebut tidak pernah diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan perbalahan kerana tidak terbukti kesahihannya.

"Memang saya pernah bertanyakan perkara itu kepadanya tetapi dalam keadaan yang santai dan bergurau. Namun, selagi tidak terbukti, saya tidak mahu ambil serius.

"Tidak perlulah sampai kami berbalah di rumah semata-mata mendengarkan cerita yang timbul sedangkan belum terbukti kebenarannya," katanya yang mengakui pengalaman bergelar selama hampir 18 tahun dalam bidang seni banyak membantu dalam menangani gosip sebegini.

Bagaimanapun, Erra turut bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam rumah tangganya seandainya perkara yang tidak diingini itu benar-benar berlaku seperti mana yang didakwa.

"Sebolehnya saya tidak mahu memikirkan tentang perkara remeh-temeh yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.

"Bagaimanapun, seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program rombongan Erra Art Club di Borders, The Curve, di sini,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...