MEKAH: Seramai 22 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci, manakala 85 masih dirawat di hospital menjelang jemaah haji dari seluruh dunia mula bergerak ke Arafah hari ini untuk berwukuf di Arafah esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan perkara itu bagaimanapun tidak memberikan pecahan jemaah lelaki dan wanita yang meninggal dunia.
Bagaimanapun, katanya, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memaklumkan kematian mereka kepada keluarga masing-masing sambil menambah bahawa mereka sakit sebelum meninggal dunia. Bercakap kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah selepas meninjau operasi TH Mekah di Hotel Al-Janadriyyah petang semalam, Jamil Khir berkata TH akan membayar dam haji sebagai penghormatan kepada jemaah yang meninggal dunia bagi menyempurnakan haji mereka.
sumber-mymetro
~takziah buat keluarga yang kehilangan individu tersayang.. Alhamdulillah ajalnya di Tanah suci
9 comments:
Al-Fatihah
al-fatihah ntok mereka..
Salam .. saya ada kisah dan gambar jemaah haji pertama meninggal dunia, dan lebih hebat .. dia meninggal di depan kaabah.
Sila tgk di http://hasrulhassan.blogspot.com
ishh sedihnya :"(
takziah and alhamdulillah :')
Innalillah....
moge ditempatkan dikalangan oghang yang beghiman....AMin
takziah untuk keluarga si mati...
eh, ni pe kes plak ni...macam² la bangsa kita sekarang ni...
ngOmel, ngumpat & mengata: mantan raja permaisuri agung dan uncle seekers
innalillahh .. mereka insan terpilih ...=) semoga d temptkn d klgn org2 yg beriman.amin
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..Amin..
Takziah buat mereka. Alfatihah~
Post a Comment