Nak Souvenier best?

Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatan

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Asmara Ini, Fazley Yaakob bertindak melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) kelmarin ekoran kontroversi berkaitan kelayakan akademiknya yang dipertikaikan.

Menurut Fazley, peletakan jawatan yang berkuat kuasa kelmarin itu dibuat sebagai langkah untuk memelihara dan menjaga reputasi FIC yang ketika ini sedang mengukuhkan nama di kalangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

“Selain atas kerelaan diri, pengunduran daripada pentadbiran FIC juga merupakan atas nasihat dan perbincangan yang diadakan bersama lembaga pengarah FIC serta penasihat undang-undang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam program Week In Week Out: University Challenged kelmarin mendakwa Fazley memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dengan kerjasama University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan tersebut dari sebuah universiti palsu iaitu European Business School iaitu sebuah universiti antarabangsa Irish yang didedahkan BBC sebagai palsu pada tahun 2008

~apapun.. good luck for him.. at least dia belajar juga- berilmu berbanding sesetengah artis lain..

-kosmo

4 comments:

CaDLyNN said...

yela..kesian die..
pengajaran buat yang lain..check dulu institusi tu diikhtiraf atau tak..or support our local university...

-dari alumni UTM-
keh3..poyo~

U.Y.A said...

kesian dia...
xpe2..dia dh mmg terbaikk pun..xde hal n xde malu2 pung...

nur said...

CaDLyNN - sekarang banyak sgt institusi.. kene hati2 la

nur said...

S.U.R.I.A. - ye..harap gitula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...