Nak Souvenier best?

perlu kah menjaga mata? 2

Jenis-jenis kanta yang digunakan dalam pembuatan kacamata keselamatan.

Tidak seperti kacamata biasa, kacamata keselamatan terdiri daripada jenis kanta-kanta tertentu bergantung kepada skop kerja dan aktiviti yang dilakukan.

Jenis-jenis kanta dalam pembuatan kacamata keselamatan adalah seperti berikut:

Bahan CR39

  • Secara umumnya dikenali sebagai kanta 'plastik'.
  • Pada asalnya digunakan untuk menampal tangki minyak kapal terbang pengebom B17 yang bocor pada perang dunia ke-II.
  • Digunakan secara meluas dalam pembuatan kacamata biasa.
  • Kualitinya lebih bagus dan menjadi pilihan utama dalam peracikan oftalmik di praktis-praktis optometri.
  • Jenis bahan kanta CR39 lebih mudah dipotong dengan mesin pemotong kanta yang terdapat dalam kebanyakan praktis optometri.
  • Bahannya tidak terlalu kuat dan mudah pecah apabila terkena impak mekanikal yang tinggi.
  • Apabila pecah, serpihannya agak tajam dan boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian mata.
  • Hanya digunakan apabila terlibat dalam aktiviti yang tidak terdedah pada impak mekanikal yang tinggi seperti mengelakkan dari terkena percikan cecair berbahaya, habuk dan asap.

Bahan Polikarbonat

  • Digunakan secara meluas dalam pembuatan gelas minuman, pelindung cahaya di tempat awam, dan perlindungan pekerja bank di kaunter dari taburan peluru peledak akibat tembakan senapang.
  • Jenis bahannya lebih kuat dan memerlukan mesin pemotong khas bagi memotong kanta tersebut.
  • Kualiti optikalnya setanding dengan bahan CR39 tetapi polikarbonat lebih ringan.
  • Polikarbonat amat tahan dengan impak mekanikal yang kuat seperti partikel terbang dari besi dalam aktiviti pengimpalan dan hentaman bola skuasy.
  • Impak yang terlalu kuat pada kanta polikarbonat biasanya melibatkan keretakan yang besar secara menyeluruh tetapi jarang menghasilkan serpihan yang tajam seperti pada kanta CR39.
  • Amat sesuai digunakan sebagai kanta dalam kaca mata keselamatan jika terlibat dalam aktiviti sukan dan kerja industri yang terdedah dengan impak mekanikal yang kuat.

Pemilihan kacamata keselamatan yang tepat.

Secara amnya, pemilihan kacamata keselamatan yang tepat bergantung kepada pemilihan jenis kanta yang terlibat dan saiz kanta tersebut.

Jika aktiviti bekerja hanya melibatkan pendedahan kepada habuk, asap dan percikan bahan kimia, kacamata dengan kanta CR39 boleh digunakan.

Jika aktiviti bekerja, berkebun atau bersukan melibatkan pendedahan kepada impak mekanikal yang kuat seperti zarah yang berterbangan dari batu atau hentaman bola tenis, kacamata dengan kanta polikarbonat boleh digunakan.

Saiz kacamata keselamatan yang menutupi sekeliling mata atau keseluruhan wajah yang dipilih bergantung juga kepada aktiviti yang terlibat contohnya ketika bekerja, berkebun atau bersukan.

Saiz kacamata yang betul penting kerana ia boleh melancarkan pergerakan dan meningkatkan keselamatan sewaktu melakukan aktiviti tersebut.

2 comments:

azzey said...

nur: Pentingnya penjagaan mata krn mata x de tukar gantinya....

nur said...

betul azzey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...