Nak Souvenier best?

MARI MENARI BERSAMA .. FOLLOWERS INI...



BUKIT JALIL: Pasangan Wan yang tersingkir pada minggu pertama program tarian Mari Menari musim kedua (MM2) malam Ahad lalu mengakui berasa puas hati dengan persembahan mereka.
Pasangan Mohammat Arziwan Amat, 25, (Wan) dan adiknya Azirah Nabihah Amat, 18, menjadi pasangan pertama yang tersingkir daripada kumpulan Belalang selepas mendapat undian terendah iaitu 18.13 peratus.
Kata Wan, walaupun hanya dapat bertahan selama seminggu dalam pertandingan tersebut, mereka tetap berpuas hati kerana telah mempersembahkan tarian sebaik mungkin dan menganggap rezeki tidak berpihak kepada mereka kerana peratusan undian penonton yang rendah.
"Perasaan sedih memang ada tapi secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan untuk minggu ini.
"Penyingkiran ini sudah kami jangkakan kerana peratusan kami adalah yang paling rendah sebelum pertandingan bermula.
"Jadi kami menerima ia dengan hati terbuka," katanya yang mengakui persaingan sengit dalam kumpulan Belalang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...