(petikan SH)
Ini cerita 30 tahun dulu. Saya masih ingat lagi, setiap petang selepas main bola di padang sekolah, saya dan kawan-kawan selalu ke kedai kopi Ah Long di Pekan Mahang untuk beli bir. Harganya cuma 20 sen sebungkus.
Bir yang saya minum, biasanya sudah dicampur air dan sedikit air batu. Sebab itu harganya tidak mahal. Sungguhpun begitu, rasanya masih sedap, manis dan amat menghilangkan dahaga selepas main bola.
Kadang-kadang terlintas juga dalam hati, bagaimana jika emak ayah tahu yang saya minum bir. Apabila teringat hal itu, saya terus sebut “astaghfirullahhalaziim” - bertaubat, tak mahu minum bir lagi.
Tapi esoknya, apabila rasa haus selepas main bola, taubat saya entah ke mana!
Kadang kala bercakap juga dengan kawan-kawan, “ok ke minum bir ni? Setahu aku, bir haram, mana boleh minum!”
Biasanya rasa musykil kami tidak ke mana. Yang pasti, kedai Ah Long tetap jadi tumpuan setiap petang. Bir 20 sen sebungkus itu tetap perlu untuk membasahkan tekak selepas main bola.
Hanya selepas beberapa lama, barulah saya pasti bir yang saya dan kawan-kawan ‘langgah’ setiap petang itu adalah bir halal yang orang kita lebih suka sebut ‘rut bir’!
Itulah minuman yang saya mati-mati sangka sama dengan bir yang saya lihat orang Cina dan India minum berbotol-botol di kedai Ah Long pada waktu petang dan malam.
4 comments:
hihihi..ada ke bir 20 sen?pastu bir mana ada manis..dorang kata masam..masam sgt2
zaman tok kaduk lah tu harga 20 sen...hehehe...zaman sekarang mana mau carik??
Komen utk amirah....
Bir bkn rs masam. Masam tu adalah bau die. Hehehehe.....bir rsnya pahit payau....ikut pengalaman kawan Cina saya......
oh gitu hehehe
Post a Comment