Nak Souvenier best?

USTAZAH PILIHAN.

Jom usha-usha..
Siapa yang rasa layak, boleh sertainya.. Yela.. mana tahu ada rezeki kat situ..


KUALA LUMPUR: Saluran televisyen Astro Oasis memperkenalkan program realiti terbaru berjudul Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran pada 1 Oktober depan.
Program tersebut akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat.
“Idea menerbitkan program ini adalah rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk memberi pelung kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka.
“Bagaimanapun dakwah yang akan ditampilkan bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syarak yang semestinya menjadi suatu kelainan selain mampu menarik perhatian masyarakat,” ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.
Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Menerusi konsep Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri.
Mereka yang layak akan ditempatkan di ibu kota untuk menjalani kursus melalui mata pelajaran yang telah ditentukan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dalam aspek hal ehwal semasa.
“Kesemua peserta akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu berlandaskan format kitaran kehidupan.
“Format ini meliputi tugasan-tugasan yang akan mereka lalui berdasarkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekatan yang akan digunakan adalah relevan dengan realiti wanita di zaman moden,” tuturnya.
Dari segi pemarkahan, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan dibimbing oleh para Mursyidah (mentor) yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).
Markah akan diberikan kepada kumpulan dan individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang dilaksanakan setiap minggu.
Lebih istimewa, setiap warga kerja yang terpilih menjayakan program ini adalah di kalangan wanita.
“Kami sedang berusaha untuk merealisasikan bahawa kesemua yang terlibat dalam produksi ini adalah wanita.
“Malah kita mahu penonton yang hadir pada setiap minggu juga di kalangan penonton wanita sahaja,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...