Nak Souvenier best?

Lesen Lupa Nak Renew?

PENYELESAIANNYE DAH ADA.. JOM BACA..

PETALING JAYA: Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) berkata cadangan kerajaan untuk memperkenalkan sistem memperbaharui lesen memandu berpandukan tarikh lahir dapat menyelesaikan masalah 'lupa tarikh' yang sering dijadikan alasan oleh pemandu.

Presidennya, Mat Aris Bakar bagaimanapun berkata, usaha berkenaan bukan langkah penyelesaian total terhadap isu berkenaan kerana ia turut melibatkan soal tanggungjawab pemandu itu sendiri.

"Cadangan ini adalah satu idea yang baik bagi mengelakkan orang lupa untuk perbaharui lesen mereka.

"Tapi isu pokok yang perlu diberi perhatian ialah tanggugjawab dan kesedaran pemandu itu sendiri untuk pastikan lesennya sentiasa diperbaharui," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Muka depan The Star pada Rabu melaporkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang memperhalusi cadangan berkenaan yang bertujuan bagi memudahkan pemandu mengingati tarikh untuk memperbaharui lesen memandu.

Mengulas lanjut Mat Aris berkata, JPJ perlu memperkenalkan sistem perlaksanaan yang komprehensif bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurutnya cadangan penggunaaan tarikh lahir sebagai tempoh akhir untuk memperbaharui lesen meamandu perlu dikaji secara meluas kerana masalah mungkin akan timbul terutama bagi mereka yang tidak kisah tentang sambutan hari lahir.

"Kita kena ingat tidak semua orang ingat hari lahir mereka. Berbanding masyarakat di bandar yang kadang-kala menjadikan sambutan hari lahir sebagai acara wajib setiap tahun, terdapat juga masyarakat luar bandar yang tidak kisah tentang ulang tahun kelahiran mereka.

"Bila mereka yang tidak sambut atau tidak meraikannya, sudah pasti mereka akan tetap lupa untuk perbaharui lesen memandu. Sebab itu saya katakan, isu memperharui lesen ini terletak atas kesedaran dan tanggungjawab pemandu itu sendiri," katanya.

3 comments:

faraherda.razalan said...

terpk....kenapa lupa renew lesen? atau sengaja?

Unknown said...

rsnya org buat2 lupa kot..
ataupun takder duit nk renewww..
kalau reneww free rsnya takder yg lupa..*_*

ZWAN SABRI said...

SETUJU! kalau dah buat tetapkan tarikh hari lahir sebagai tarikh untuk renew lesen. diharapkan bayaran untuk renew tu dapat diskaunla.. Percuma pown oke jugak.. Sebagai hadiah kepada orang tuu.. HEHE


MySuaraBlog: Nak Peluk Kamu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...