Nak Souvenier best?

Pendidikan seks bukan bererti mengajar anak-anak..

APABILA memperkatakan mengenai pendidikan seks, ramai ibu bapa yang salah anggap mengenai maksud sebenar. Hakikatnya, pendidikan seks bukan bererti mengajar anak-anak mengenai hubungan seksual antara lelaki dan wanita semata-mata.
Menurut Kamus Dewan, perkataan seks bermaksud sifat-sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan iaitu jantina atau keinginan syahwat. Secara umum, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan iaitu hubungan antara berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan.
Bagi sesetengah masyarakat, perbincangan tentang topik seks dianggap sebagai pantang larang atau tidak wajar dibicarakan. Ia dianggap perkara yang terlalu peribadi. Namun, apabila perkataan seks dikaitkan dengan pendidikan, ia akan memberi satu maksud yang amat berbeza.
Pendidikan seks secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang bersifat maklumat (cognitive), pemahaman dalaman (internal consiousness / spiritual / morality) dan jasmani (physical) kepada golongan sasaran tertentu tentang amalan kehidupan yang berkaitan dengan hubungan di antara dua jantina tersebut.
LANJUT KAT KOSMO

2 comments:

faizalnizam said...

taboo kita pasal sex education ini. padahal bukan ada apa apa pun. yg penting syllabus pelajaran tu mesti yang bersesuaian dan boleh diajar di sekolah-sekolah. maybe mind setting kene ubah.

mz said...

pendidikan seks perlu masa kat U je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...