Nak Souvenier best?

Raja Petra Kamaruddin.

NAK WIKI WIKI SUPAYA BILA ORANG TANYA AT LEAST TAU LE SIKIT SIKIT YE..
KALAU ANDA KENA SOAL: SIAPA RAJA PETRA KAMARUDDIN.. BOLEH JAWAB TAK?..

Raja Petra Kamaruddin (lahir 1950 , dikenali sebagai Peter atau RPK) adalah seorang penulis blog Malaysia berbangsa Melayu, membangunkan laman Malaysia Today berbahasa Inggeris yang mana di dalam laman tersebut beliau menerbitkan satu siri rencana berbentuk komentar terhadap politik Malaysia. Beliau telah ditahan mengikut [[Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) buat kali kedua pada 1.10 petang12 September 2008.[1] Beliau telah ditahan selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping.



Dilahirkan pada tahun 1950, Raja Petra telah mendapat pendidikan di Sekolah Alice Smith. Pada umur 13 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, melengkapkan pendidikannya di Victoria Institution. Raja Petra Kamarudin pernah menjadi penjual motosikal dan pengedar beras. Beliau memang meminati motosikal semenjak kecil lagi.
Pada 14 April 1973, semasa berumur 23 tahun, beliau telah berkahwin dengan Marina Lee binti Abdullah yang pada masa itu berumur 18 tahun. Marina Lee Abdullah, kacukan Siam-Cina,merupakan seorang penerbit buku.Raja Petra dan Marina mempunyai lima orang anak (Suraya, Raja Azman, Raja Shahril, Raja Azmir dan Raja Sara dan dua orang cucu.
Raja Petra merupakan seorang ahli kerabat DiRaja Selangor. Beliau merupakan sepupu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesebelas, dan Sultan Selangor yang ketujuh. Ibunya merupakan seorang berketurunan Wales

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...