Nak Souvenier best?

Cabutan Bertuah sambutan Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati

Cabutan Bertuah sambutan Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati 

Bila tengok iklan cabutan bertuah untuk sambutan Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati tu, memang teruja la tengok hadiah-hadiah yang bakal dimenangi nanti. Apa taknya, macam - macam hadiah menarik yang disediakan. Anggaran kehadiran adalah 20 ribu orang.. Jadi kebarangkalian untuk dapat hadiah tu agak tipis la kan.

Namun sesetengah orang tu memang dilahirkan bertuah oke. Campakla kat mana pun, bila ada cabutan bertuah, sudah pasti akan ada hadiah yang dibawa pulang. Jeles juga dengan individu sebegini. Tapi dalam nada positif haruslah berkata: dah rezeki dia kan.

Antara hadiah yang ada tu termasuk sebuah Proton Preve, sebuah motosikal Modenas dan Tiket penerbangan. untung betulla siapa yang bakal dapat tu. Agaknya ada tak kalangan blogger yang bakal dapat cabutan bertuah itu nanti? Jangan lupa update di blog nanti ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...