Nak Souvenier best?

Pelajar Politeknik Dungun Nyaris Dirempuh Bas.

~Nasib baik..
Syukur..

baca kat kosmo:


DUNGUN – Sepuluh penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin nyaris maut setelah sebuah bas ekspres merempuh rumah kedai dan kedai menjual barangan basah di kilometer 84.5 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, Jalan Batu 7 berhadapan politeknik itu di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi, kesemua pelajar diploma jurusan Kejuruteraan Elektrik tahun pertama itu baru hendak menikmati makanan di kedai berkenaan.
Menceritakan detik-detik cemas itu, pelajar Azizul Hakimi Ibrahim, 18, berkata, ketika kejadian, kesemua mereka berada di bahagian luar kedai dan mendengar bunyi bising serta teriakan daripada anak peniaga berkenaan.
"Ketika berpaling, kami lihat sebuah bas meluncur laju ke arah kedai tempat duduk kami dan masing-masing cepat melompat lari menyelamatkan diri daripada dirempuh bas berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Seorang lagi pelajar, Mohd Mujiburrahman Hanafi, 18, berkata dia sempat melihat bas ekspres yang terbabas laju itu menyeret sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki dua orang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian dan berkata, kejadian berpunca daripada masalah brek bas yang dipandu oleh Zahri Muda, 39.
"Pemandu bas itu cedera ringan manakala pemandu dan penumpang kereta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...