Nak Souvenier best?

keracunan karbon monoksida 1

~sumber- myportal

Pengenalan

Apakah keracunan karbon monoksida?

Keracunan karbon monoksida boleh menyebabkan masalah perubatan dan kematian. Di dalam kes–kes yang teruk ia boleh menyebabkan masalah yang berpanjangan dan kecacatan pada bahagian mental dan fizikal.

Gejala

Bagaimanakah saya tahu bahawa saya mengalami keracunan karbon monoksida?

Tanda-tanda dan gejala keracunan karbon monoksida bergantung kepada tahap keracunan. Jika gejala itu kurang jelas ia boleh menyebabkan kekeliruan dengan masalah kesihatan yang lain. Gejala–gejala yang sering berlaku termasuk :

  • Sakit kepala
  • Mual
  • Pening
  • Muntah
  • Sakit dada
  • Susah bernafas
  • Kekeliruan
  • Sawan
  • Tidak sedar diri (koma)

Mereka yang tidur boleh mati akibat dari keracunan karbon monoksida tanpa mengalami sebarang gejala.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...