Nak Souvenier best?

keracunan karbon monoksida 2

Komplikasi

Apakah keadaan yang teruk boleh berlaku akibat dari keracunan karbon monoksida?

Komplikasi segera (akut) termasuk :

  • Serangan jantung
  • Sawan
  • Tidak sedar diri (koma)
  • Kematian

Komplikasi lewat (delayed) termasuk;

  • Kekurangan daya ingatan
  • Kerosakan urat saraf

Kumpulan Berisiko

Adakah saya berisiko untuk mendapat keracunan karbon monoksida?

Semua orang berisiko mendapat keracunan karbon monoksida jika mereka terdedah kepada gas. Walaubagaimanapun, sesuatu kumpulan adalah lebih berisiko berbanding kumpulan yang lain bagi mendapat kesan kesihatan. Kumpulan tersebut termasuk;

  • Orang-orang tua
  • Kanak-kanak
  • Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  • Mereka yang menghidapi masalah kekurangan darah
  • Mereka yang menghidapi masalah sawan

Bagaimanakah saya boleh terdedah kepada gas karbon monksida?

Banyak aktiviti harian yang boleh menghasilkan gas karbon monoksida. Ini termasuk;

  • Memasak menggunakan dapur gas, pembakaran kayu, ketuhar elektrik, atau bahan-bahan pembakaran.
  • Ekzos kenderaan bermotor

BAHAYA: karbon monoksida daripada sumber ini boleh meningkat di dalam persekitaran yang tertutup.

4 comments:

LadyBird said...

ramai yg belum alert tntg bahaya CO ..

asa said...

ternyata bahaya juga ya, apalagi kalo sampai menyebabkan kematian...

thx sudah berbagi info

nur said...

ladybird- memang ramai yg blm aware

ALL IN ONE

nur said...

asadisae..
sharing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...