Nak Souvenier best?

nak berhijrah

~dari utusan online ..
rupanya ramai rakyat kita diluar negara.. apa puncanya?.. kerajaan kenala kaji dan tawarkan sesuatu yang lebih menarik hati mereka untuk pulang.. hujan emas di negeri orang (best la kan)

Penghijrahan hampir satu juta bakat termasuk separuh daripadanya adalah profesional tempatan ke luar negara perlu dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Kira-kira 300,000 rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh 18 bulan sejak Januari 2008 berbanding 140,000 pada tahun sebelumnya.

Difahamkan kebanyakan mereka berhijrah ke Amerika Syarikat, Eropah terutamanya United Kingdom dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz berkata, penghijrahan itu menyebabkan sektor-sektor ekonomi negara terutama dalam industri kewangan sukar mendapat bakat-bakat yang diperlukan.

Menurutnya, meskipun banyak alasan yang diberikan sebagai penyebab penghijrahan itu tetapi satu faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah tawaran gaji yang lebih lumayan.

Beliau berkata, profesional lepasan universiti dalam industri kewangan di Malaysia secara puratanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak AS$750 (RM2,250) sedangkan di Indonesia golongan berkenaan boleh meraih AS$850 (RM2,618) dan Singapura AS$1,200 (RM3,696) sebulan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...