Nak Souvenier best?

pernah ke menderma darah? 2

Kriteria Penderma Darah Dan Aferesis

Sebelum layak mendaftar diri sebagai seorang penderma,darah, seseorang bakal penderma perlulah memenuhi beberapa kriteria asas berikut:

Penderma Darah Penuh ( Whole Blood ):

  1. Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)
  2. Berat badan melebihi 45 kg.
  3. Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.
  4. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.
  5. Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
  6. Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia)

Bagi penderma aferesis, selain kriteria di atas, terdapat beberapa kriteria tambahan iaitu:

  1. Berumur tidak melebihi 55 tahun
  2. Berat badan 55 kg dan ke atas.
  3. Telah menderma darah penuh sekurang-kurang 2 kali dan pendermaan terakhir tidak lebih daripada 6 bulan.
  4. Mempunyai salur darah yang sesuai ( besar dan jelas)

Kelayakan seseorang untuk menderma darah akan ditentukan oleh Pegawai Perubatan atau Jururawat yang bertugas. Seseorang bakal penderma hendaklah berada pada tahap kesihatan yang baik bagi memastikan proses pendermaan darah tidak akan memudaratkan penderma dan darah yang didermakan juga tidak akan memudaratkan pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Pihak tabung darah menjalankan prosedur yang ketat dalam pemilihan penderma bagi menjamin kualiti darah. Selain tahap kesihatan yang baik, penderma daripada kalangan mereka yang mengamalkan cara hidup berisiko tinggi adalah DILARANG sama sekali untuk menderma darah. Ini termasuklah penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan, mereka yang terlibat dalam kegiatan pelacuran atau melanggani pelacur, dan mereka yang mengamalkan perhubungan seks sejenis atau bertukar-tukar pasangan seks.

Pendermaan darah perlu dibuat dengan rasa tanggungjawab untuk membantu para pesakit. Oleh itu, semua bakal penderma hendaklah jujur semasa menjalani sesi kaunseling sebelum menderma. Keengganan berbuat demikian hanya akan menambahkan risiko kepada pesakit yang berkemungkinan menerima darah yang tercemar.

6 comments:

Azian Elias said...

Dah lama tak derma. Dah 5 kali derma..

lan_ax said...

x pernah menderma pn.. sy takot jarom..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

miss cloudy said...

saya pun tak pernah gak..bkn sbb tkt jarum tp masa pernah sekali nak derma misi tak bg sbb tgh period.. hehe

nur said...

yan- wah bagusnya.. banyak pahala gitu

nur said...

Ian
apa? takut jarum.. pejam mata je

nur said...

miss cloudy..
ada beberapa syarat juga la utk menderma ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...