~dari kosmo.. menarik artikel ini.. minat kopi ke?.. mulai sekarang bagi yang tak minat mungkin boleh timbangkan tentang kajian yang dijalankan ni...
BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.
Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.
Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.
Jurnal Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.
Menurut kajian itu, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. - Agensi
8 comments:
i luv...coffee...yummy...
patutlah rasa bahagia lepas pekena kopi.. study masyukk je :D
kopi mmg bagus tapi jgn terlalu bnyk cwn dlm sehari..ade side effectnye juge^^
Kopi O Kaw satuuuu!
tp sy x suka kopi..... huhuuuhuuhuhhuh...
nabi memang suka minum kopi, orang yahudi je cuba halang kita minum kopi
nur: sesekali layan jg kopi, tp x blh selalu coz x tahan . sakit kepala...:(
wau menariknya..hehe.saya memang suke kopi.hehe.
Post a Comment