Pencegahan
Aktiviti-aktiviti pencegahan penyakit pekerjaan dan kecederaan yang menyeluruh di tempat kerja memerlukan penglibatan majikan dan pekerja. Majikan dan pekerja perlu melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara bersungguh-sungguh.
- Tanggung jawab majikan ialah:
- Mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan
- Menjalankan penilaian risiko untuk menilai hazad dan risiko di tempat kerja
- Melaksanakan langkah-langkah kawalan untuk memastikan tempat kerja adalah selamat dan sihat berdasarkan hasil penilaian risiko dijalankan
- Menjalankan pemeriksaan perubatan/kesihatan kepada pekerja seperti yang dikehendaki oleh undang-undang
- Memberikan latihan kepada pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan
- Tanggung jawab pekerja
- Mematuhi setiap arahan dan prosedur kerja selamat
- Bekerjasama dengan majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin
- Memakai alat-alat pelindung diri yang sesuai secara yang betul
Undang-Undang dan Peraturan yang berkaitan.
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
- Akta Kilang dan Jentera 1967
- Akta Racun Makhluk Perosak 1974
- Akta Keselamatan Sosial 1969
2 comments:
salam nur..
memandangkan..saya kerja depan computer 24/7..maybe nur..ada tips 'hazard' utk kami?
Peah Speaks #16: I dare you to love...
nur: majikan & pekerja mesti sama2 tau t/jwb masing2 kannnn....
Post a Comment