Nak Souvenier best?

BERSIH.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni ashik terlintas perkataan BERSIH ni aja.. Sama ada di media masa mahupun  media cetak.. Apekebenda nya BERSIH ni.. Sebab tak tahu..Maka mencari untuk tambah pengetahuan.. Kalau ada yang tanya pun.. at least ye at least tahula sedikit.. Dari segi makna.. Selain bersih  = clean..


BERSIH ialah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil. BERSIH ditubuhkan dengan anggota komitinya dianggotai oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).
BERSIH dilancarkan secara rasmi pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin parti politik, dan pihak bukan kerajaan, termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PKR, Sivarasa Rasiah - timbalan presiden PKR, Setiausaha Am DAP - Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan MP bagi Seputeh Teresa Kok, timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, ketua pemuda PAS - Salahudin Ayub, Setiausaha Am PSM S. Arutchelvan, Kongres Persatuan Pekerja Malaysia - Syed Shahir Syed Mohamud, esekutif direktor WDC - Maria Chin Abdullah dan esekutif direktor SUARAM - Yap Swee Seng.
BERSIH telah menganjurkan perhimpunan 100,000 orang di Dataran Merdeka pada hari Sabtu, 10 Oktober 2007 jam 3.00 petang. 26 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang turut serta. Pemimpin yang terlibat ialah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdul Hadi Awang bagi menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman enggan memberi permit perhimpunan ini bagi mengelak kejadian tidak dingini. Tetapi ramai pengulas mendakwa bahawa sebab yang diberi oleh Polis dan Kerajaan ialah alasan sahaja. [perlu rujukan] Mereka mendakwa bahawa sebab benar atas tidak bagi permit merupakan UMNO dan parti komponen Barisan National menakut akan hilang pemegang kuasa sekiranya pilihan raya jadi adil dan bersih dalam masa depan. Pengulas tersebut menegaskan sebagai bukti bahawa kebanyakan kejadian yang kacau rakyat (terutama pengguna jalanraya) pada hari sabtu itu, jadi kerana tindakan Polis, tidak kerana tindakan penyokong Bersih atau penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan.-wikipedia.

1 comments:

tinijamal said...

BERSIH - tujuan pergerakan ini diwujudkan memang untuk ketelusan dan pembaikan..cuma bila dah disalahgunakan dan dijadikan bahan politik mahupun agenda diri sendiri, itu yang menjadikan apa yang nak diperjuangkan tu sia-sia je. Sekarang ni dak terselit isu perkauman pulak..thanks to IA for that one..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...