Nak Souvenier best?

FANPAGE FACEBOOK: berapa ‘like’ yang dapat?

 

Di Malaysia laman sosial Facebook, YouTube dan Twitter juga dijadikan salah satu medium untuk seseorang pemimpin atau selebriti itu mendekatkan diri kepada masyarakat dan peminat.

Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi maklumat dengan memiliki Fanpage.

Fanpage Najib di laman Facebook kini telah mencapai angka lebih 600,000 orang dan beliau telah menggunakan laman tersebut sebagai salah satu cara beliau mendekati generasi muda Malaysia.

Sahih

Walaupun pada peringkat awal, ia menjadi medium bagi tokoh-tokoh terkenal dan personaliti hiburan berkongsi kehidupan mereka tetapi, kini ia telah menambah satu lagi fungsi.

Angka-angka tepat yang tertera di sudut kiri Fanpage tersebut telah menjadi kayu pengukur kepada tahap kepopularan pemilik laman tersebut.

Pengiraan yang bersifat objektif dan nilai ketepatan yang tinggi sehingga ke susunan angka menjadikan ia lebih dipercayai dan boleh diharapkan.

3 comments:

Cikgu Dahlia said...

:D xberani nak ada Fanpage..takut xde org LIKE.. kang rasa rendah diri yg melampau laks :D

Liyana Yuyu said...

Baru je buat FANPAGE, saje nak test terror tak, pening jugak nak buat FANPAGE tue. Lepas promot ade lah beberapa ketul LIKE. hehe. :)

Unknown said...

ayie tak berani lagi nak ad fanpage..bukan terkenal mane pon..cukuplah apa yang ayie ad sekrng nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...