Salam siaran.
Senyap.
Bukan berarti tiada.
Cuma membisu tiada bicara.
Suka memerhati.
Jarang diluahi..
Lalu, saat keluar topik ini tadi.. terdetik mahu berkongsi.
Cuma nak tanya pendapat kawan-kawan sekalian.
Adakah benar pernyataan seperti yang dinyatakan sedemikian.
Apa guna kerja kalau takde sifat workaholic.. eh.. gilakerja.. Kalau buat sambil lewa.. Sampai bila kerja nak diselesaikan, pasti mengambil masa yang lama.
Katanya tadi, kalau yang workaholic ni baik tak payah kahwin.
Mana nak bagi komitmen pada si isteri.
Tambah bila dah dapat anak-anak lagi..
Banyak institusi yang runtuh.
Punca katanya ada yang workaholic ini.
Tidak bersetuju...
Pandai-pandai la nak imbangkan antara yang hakiki, duniawi dan di sana nanti ye..
8 comments:
semua perkara perlu seimbang.. harus tahu mana keutamaan..
sgt setuju...
iye la... kerja.. kerja jugak
tapi rumahtangga tu penting, tgk bila dah pencen nanti, hah..masa rasa rugi tak luaangkan masa dgn anak2, tau2 anak2 dah membesar, tinggalkan pulak kita sendirian..
mana yang rasa utama, buat dahulu..
tapi.. bab kawin tu.. itu sunnah.. kita kena juga rasai seperti orang lain.,.
kan
seimbangkan semuanye...
Kita sebagai manusia biasa yang tiada sempurna payah untuk memuaskan kehendak diri sendiri apatah lagi orang lain. Bila kita utamakan kerja, apa daya kita untuk seimbangkan keutamaan pada keluarga? Bila setiap saat kita sayang untuk meninggalkan kerja, apa daya kita untuk mengingat suruhan Allah SWT? Bila berpijak pada bumi nyata (realiti), tiada jalan lain untuk lari dari memilih. Di mana nombor 1? Di mana nombor 2 dan di mana nombor 3?
Apakah patut Allah kita kongsikan dengan kerja dan keluarga pada nombor 1?
Apakah patut keluarga (anak dan suami) kita kongsikan dengan Allah dan kerja pada nombor 1?
Apakah patut kerja kita kongsikan dengan Allah dan keluarga pada nombor 1?
Tidak patut bukan? Apa yang patut? Hidup bersederhana. Utamakan Pencipta kita. Sayangi keluarga. Rezeki boleh kita cari di mana-mana.
Apa akibat jika kita hilang keimanan (yang Allah kurniakan?)...Apa akibat jika kita hilang keluarga? (tiada pengganti yang sama)...Dan apa akibat jika kita hilang mata pencarian (rezeki ada di mana-mana....kepada Allah kita mohon agar dimurahkan rezeki, Insya-Allah)
=)
kahwen je dgn keje tu. dah tua bila dah pencen...org ada rezeki dpt dukung-main2 dgn cucu. dia mungkin main dgn..dgn...dgn...
seimbang. bulan bintang, siang malam, slow fast, utara selatan, suka duka, yin yang, panas sejuk, lelaki perempuan. Workaholic = apa pasangan dia??? hehe :)
Post a Comment