Nak Souvenier best?

Meriahnya Merdeka.


Nampak tak saya tu?

lawak jer la..

Selamat bercuti!!

Erti Merdeka: Bebas penjajah fizikal & mental.


Kita boleh tengok dan ikut kejayaan negara di Barat. Mana yang baik kita ambil, tetapi bukan semua kita boleh ikut. Jika kita bertegas dan teguh pada pendirian, saya yakin negara Malaysia akan lebih dipandang di mata dunia.
"Memang sekarang kita bebas daripada penjajah secara fizikal, tetapi secara mental adakah kita bebas keseluruhannya. terutamanya buat golongan muda. Penjajahan secara tidak sedar ini yang harus kita lihat dengan serius," katanya yang cukup bangga menjadi rakyat Malaysia.-sumber- Nad Zainal.

Erti Merdeka:Bebas dari Penjajahan.


Azhan Abdul Rani atau dikenali dengan Azhan Rani, 36, memberitahu kemerdekaan bererti rakyat Malaysia bebas daripada penjajahan.
Meskipun memasang Jalur Gemilang di kereta dan rumah satu kemestian kepadanya, tetapi tegas anak jati Kuala Kubu Baharu, Selangor itu semangat dalam diri lebih penting berbanding segala sambutan yang bersifat fizikal.
"Mengibarkan Jalur Gemilang satu amalan yang bagus. Ia bermakna kita berbangga dengan negara sendiri, tetapi bagi saya yang paling penting adalah semangat kemerdekaan yang ditanam dalam diri masing-masing.
"Tidak guna buat sambutan besar-besaran tetapi mereka yang datang meraikan hanya untuk lihat bunga api atau melihat persembahan yang disediakan tanpa memahami dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenar," 

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 55.


Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.
Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan. 

credit: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/sejarah-kemerdekaan

SEPI.

Wahai Tuhan kami!

janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami , serta ampunkan lah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.


SUNYI..


Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

FREEEEDOOMMMM..

Pengabdian kepada makhluk dan duniawi?

Merdekakan diri dari perkara tersebut dahulu.
sham.

NegaraKU..


Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagaiNegeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadiPersekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapore keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan KDNK kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya.Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dari kalangan sembilan raja negeri Melayu. Ketua kerajaannya pula ialah Perdana Menteri.Sistem kerajaan Malaysia banyak berdasarkan sistem parlimen Westminster, dan sistem perundangannya juga berasaskan undang-undang am Inggeris.

Maksud warna di Jalur gemilang.



  • Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. 
  • Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. 
  • Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Tweet dari Sham Kamikaze.

"Kita merdeka daripada 'penjajahan' penjajah asing tetapi belum merdeka daripada 'penjajahan' minda dan gaya hidup"

: :Malaysia: :


Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegis (127,350 batu²). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, danBrunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialahKuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan.

Maksud 14 jalur di Jalur Gemilang.

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

HAPPY INDEPENDENCE DAY.

IMAGE SOURCE: GOOGLE.

SELAMAT RAYA MERDEKA UOLLS.

SELAMAT RAYA MERDEKA UNTUK KAWAN-KAWAN PEMBACA BLOG ALL IN ONE INI.

JUGA BUAT :

Blogger aimaniman said...
selamat hari raya merdeka.. 2 in 1.. meriah weekend ni kan beraya dan bermerdeka...
August 30, 2012 9:54 PM

SEGMENT : PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE




Untuk makluman semua pelanggan/pengunjung... BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE menyambut ulangtahun ke 2.. ALhamdulillah..syukur dan gembira dengan usia yang baru 2 tahun ini... Oleh itu, sebagai tanda terima kasih NBH dan demi mengabadikan Angka 2, NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE mencari sebanyak 222 BLOGGER BERTUAH untuk turut serta dalam segment ini dan tentunya ada hadiah menarik menanti peserta..

HARAPNYA ADA REZEKI JADI YANG BERTUAH NI..

Penyertaan bermula hari ini 27hb Ogos2012 dan berakhir 31hb Ogos 2012--12 tengahmalam. 

Lagi merdeka.

Macamana nak memerdekakan minda kita dari dijajah?

Langkah Penambahbaikan selepas kes Ragut.


KOTA BHARU – Seramai 157 anggota polis wanita beruniform akan ditugaskan di 15 kawasan pusat tumpuan beli-belah di sini, bagi menasihati orang ramai, terutama wanita agar sentiasa berwaspada dengan kejadian ragut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, anggota polis wanita berkenaan akan ditugaskan selama lapan jam sehari sebagai langkah terbaharu pasukan itu untuk mengekang jenayah ragut di jalanan.
"Kita akan tempatkan anggota polis wanita itu secara berkumpulan, terutama di pusat tumpuan wanita membeli-belah dan anggota tersebut akan menasihati tingkah laku pembeli yang dilihat cuai supaya lebih berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ragut, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, Rohairani baru saja keluar dari keretanya dan ingin ke kedai pakaian untuk membeli tudung sebelum ditetak seorang pembonceng motosikal selepas gagal meragut beg tangan mangsa.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut melawat Rohairani yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZII selepas pembedahan menyambung urat tangannya yang putus itu selesai kira-kira pukul 7 pagi ini. – BERNAMA

Erti Merdeka Buat Kalian..

Apakah erti kemerdekaan buat kalian?

Oppa Merdeka Style?

Oppa Merdeka Style?

Anyone?
Super Kampung style yang parody GANGNAM tu dah ada..
Agaknye ada yang buat Gangnam Merdeka Style ke?
hmm..

Himpunan Janji Ditepati: Stadium Bukit Jalil.


~Sapa yang join? sila angkat tangan!!
PETALING JAYA: Lebih daripada 10 barisan penyanyi muda bakal memeriahkan acara Himpunan Janji Ditepati bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-55.
Ia akan berlangsung pada Jumaat (esok) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Acara yang akan bermula dari pukul 3 petang hingga 12.30 tengah malam itu bakal membariskan penyanyi popular Yuna, Ella, Hafiz (AF7), Stacy, Faizal Tahir, Nash (Lefthanded), Suki, Daniel Lee dan Shruthi.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli, acara itu diperkenalkan bagi mewujudkan interaksi pemimpin bersama rakyat selain memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

Lagu...

Mari kita seluruh warganegara,
 Ramai- ramai menyambut hari Merdeka.

-masih ada lagi ke kontroversi logo merdeka itu?-
yang lepas tu lepaskan..
pandang ke hadapan..


#Merdeka55

Mengenai program Tweet Up Merdeka, Kamaruddin berkata, sasaran utama pada malam berkenaan untuk menarik rakyat mengeluarkan pelbagai komen menerusi #Merdeka55, sekali gus memecahkan catatan The Malaysian Book of Records terdahulu.

#Merdeka55
Pasti terngiang-ngiang lagu tanggal tiga puluh satu nyanyian Sudirman..

kawan-kawan pula bagaimana ye?

Pelajar Politeknik Dungun Nyaris Dirempuh Bas.

~Nasib baik..
Syukur..

baca kat kosmo:


DUNGUN – Sepuluh penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin nyaris maut setelah sebuah bas ekspres merempuh rumah kedai dan kedai menjual barangan basah di kilometer 84.5 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, Jalan Batu 7 berhadapan politeknik itu di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi, kesemua pelajar diploma jurusan Kejuruteraan Elektrik tahun pertama itu baru hendak menikmati makanan di kedai berkenaan.
Menceritakan detik-detik cemas itu, pelajar Azizul Hakimi Ibrahim, 18, berkata, ketika kejadian, kesemua mereka berada di bahagian luar kedai dan mendengar bunyi bising serta teriakan daripada anak peniaga berkenaan.
"Ketika berpaling, kami lihat sebuah bas meluncur laju ke arah kedai tempat duduk kami dan masing-masing cepat melompat lari menyelamatkan diri daripada dirempuh bas berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Seorang lagi pelajar, Mohd Mujiburrahman Hanafi, 18, berkata dia sempat melihat bas ekspres yang terbabas laju itu menyeret sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki dua orang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian dan berkata, kejadian berpunca daripada masalah brek bas yang dipandu oleh Zahri Muda, 39.
"Pemandu bas itu cedera ringan manakala pemandu dan penumpang kereta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – BERNAMA

Simbol Tangan Laungan Merdeka.

from Dato' Mustafa Maarof.

"Saat laungan merdeka semasa pengisyhtiharan kemerdekaan negara Malaysia, tangan pemimpin itu dilepaskan (bukan digenggam) sebagai simbolik kepada kebebasan yang dikecapi negara"

30 08 2012

kONVOI jALUR gEMILANG..


Nak motor besar macam ni?

Kak Jun sure hebat bawak kan..

Cabutan Bertuah sambutan Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati

Cabutan Bertuah sambutan Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati 

Bila tengok iklan cabutan bertuah untuk sambutan Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati tu, memang teruja la tengok hadiah-hadiah yang bakal dimenangi nanti. Apa taknya, macam - macam hadiah menarik yang disediakan. Anggaran kehadiran adalah 20 ribu orang.. Jadi kebarangkalian untuk dapat hadiah tu agak tipis la kan.

Namun sesetengah orang tu memang dilahirkan bertuah oke. Campakla kat mana pun, bila ada cabutan bertuah, sudah pasti akan ada hadiah yang dibawa pulang. Jeles juga dengan individu sebegini. Tapi dalam nada positif haruslah berkata: dah rezeki dia kan.

Antara hadiah yang ada tu termasuk sebuah Proton Preve, sebuah motosikal Modenas dan Tiket penerbangan. untung betulla siapa yang bakal dapat tu. Agaknya ada tak kalangan blogger yang bakal dapat cabutan bertuah itu nanti? Jangan lupa update di blog nanti ye..

Tweet Up Merdeka.


Antara agenda yang digariskan pada sambutan perhimpunan itu termasuk persembahan patriotik, kawad, pertunjukan seni bela diri, Tweet Paling Banyak Dalam Sejam di Malaysia (Tweet Up Merdeka), Unity Walk, penganugerahan Sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 Ikon Generasi Muda serta cabutan bertuah.
Mengulas senarai penyertaan yang dibuat, Kamaruddin berkata, ia bertujuan memastikan jumlah khalayak hadir menepati sasaran.


“Walaupun kami ada senarai, namun ia tidak bermakna kita tidak menjemput rakyat untuk turut serta memeriahkan sambutan...mereka yang nak datang boleh naik LRT dan kenderaan sendiri.



“Atas dasar itu juga kami berusaha mendapatkan kerjasama Prasarana untuk menggalakkan penyertaan rakyat dalam sambutan ini. Kita mahu orang ramai turut serta menonton persembahan dan mendengar ucapan serta amanat Perdana Menteri sempena Merdeka,” katanya.



Mengenai program Tweet Up Merdeka, Kamaruddin berkata, sasaran utama pada malam berkenaan untuk menarik rakyat mengeluarkan pelbagai komen menerusi #Merdeka55, sekali gus memecahkan catatan The Malaysian Book of Records terdahulu.

Ambang Merdeka.

Dah 55 tahun merdeka.
Apa sumbangan kita selama ini?

Merdekakah kita?

Sambut di mana?

Konsert?
Atau sebaliknya?

Tea Time..

Minum kopi panas?
teh panas?

Atau
jus oren.. (feeling ala ala western)

Seronok esok cuti..
Atau ada yang tak dapat cuti?
-kena berarak menyambut kemerdekaan-

Asal usul baraan...

Ini bukan tentang bara api ye.
Ini asal usul baraan..

Nak tahu?

SINI

Siapa muhdalena?

~unik namanya..

-kosmo-

PUTRAJAYA – Wanita yang cedera ditembak dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bulan lalu menarik perhatian ramai apabila memakai topeng Power Rangers sebagai taktik bagi mengelak wajahnya dirakam.
Tertuduh Muhdalena Ahmad, 28, berkelakuan sedemikian ketika hadir bagi mendengar sebutan kali pertama kesnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini semalam.
Dalam prosiding itu, Hakim Mohd. Kafli Che Ali memberi tempoh selama sebulan kepada Muhdalena, 28, untuk melantik peguam bela sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan dalam tempoh 90 hari.
Mohd. Kafli memutuskan demikian untuk memberi peluang kepada tertuduh menyelesaikan semua urusan dokumentasi bagi kes pembelaan secepat mungkin, sekali gus membolehkan pihak pendakwaan memulakan perbicaraan.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 12 September depan bagi tarikh sebutan semula kes itu untuk tertuduh melantik peguam.
Muhdalena yang hadir berpakaian baju kurung dan bertudung merah dilihat tenang sambil mengangguk faham ketika mendengar arahan Mohd. Kafli itu.
Ditemani bapanya, Ahmad Adam, 55, ibu kepada dua anak itu dilihat memakai topeng mainan Power Rangers sejurus prosiding selesai bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar di luar mahkamah.
Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika didakwa kali pertama pada 16 Julai lalu di bilik wad, Hospital Putrajaya atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah kepada anggota polis, Ridzuan Megat Ahmad dan membawa senjata iaitu sebilah pedang.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.
Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki, Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, yang menggelar dirinya Imam Mahadi terkorban.
Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan membawa pedang, Muhdalena didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kena Tembak..

makin lama makin tak aman negara kita kan.. isk..



Anggota polis memeriksa mayat Archuthan yang mati ditembak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan di Selayang Baru semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang baru beberapa bulan dibebaskan mati ditembak dua lelaki ketika menunggu untuk menjemput anaknya di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan di Selayang Baru dekat sini semalam.-kosmo-

Apa tu baraan?

Seriusly.. baru hari ni kali pertama tahu tentang  baraan. Itupun hasil dari menziarahi blog seseorang ini. Rupanya baraan ni macam berkunjung ke rumah rumah jiran di kampung sewaktu hari lebaran HARI RAYA. Tak pasti pula ini memang tradisi asal kampung beliau atau berasal dari tempat lain.(minta dijelaskan).

Daripada entry beliau tu (gambarnya) memang nampak begitu meriah sekali. Seronokla.. Kalau tengok gambar pun dah teruja.. Agaknya kalau berada masa baraan tu tentu la lebih meriah lagi. Rasanya aktiviti baraan seperti ni elok juga diamalkan kat tempat-tempat yang jarang jarang jirannya berkomunikasi kan..

Kalau kawan-kawan nak tahu dan melihat kemeriahan baraan ni , jom kita sama - sama baraan ke blog SI DIA..

Kisah Ragut .. Berhatilah..


~Mana-mana pun dah tak selamat sekarang ni.
Dah nyaris hilang tangan. Jadi pengajarannya :

-elakkan pakai barang kemas yang banyak.
-berhati-hati setiap masa..
-jika disamun, serahkan sahaja- jangan melawan..
-berdoalah supaya penyamun itu kembali ke pangkal jalan.


ORANG ramai membantu Rohairani yang cedera teruk di tangan kiri akibat ditetak peragut di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu semalam.


Telur.

TELUR jika dipecah daripada LUAR
merupakan suatu KEMATIAN ,
tetapi
TELUR jika dipecahkan daripada
DALAM suatu kehidupan.
Adakah pernah anda terfikir
tentang perkara ini?
kehidupan dunia hanya
sementara dilihat darikaca mata
berbeza
mencari redha ilahi tujuan utama
kita!!!

Inilah beliau..

Yang sangat rajin berkunjung ke blog ini..


MRS EADY NAMA DIBERI,
RAJIN MENGOMEL DI BLOG INI,
SETIA MENUNGGU SETIAP ENTRY,
BUATKAN TERBIT RASA TERHARU DI HATI,
TERIMA KASIH UCAPAN ISTIMEWA MRS EADY..

http://nurul-izwa.blogspot.com

BICARA HATI INI

Desa Water Park.

Desa Water Park adalah entry beliau yang pertama.
Pada tahun 2009. Entry tu hanya ada sekeping gambar.. Gambar keluarga..

Agaknya dah boleh teka ke belum?..

Entry darinya.. dah ada anak..


#Syahmi Irsyad..anak yg manja (sgt manja) sgt sensitif (sgt-sgt) juga bijak berckp (teramat sgt!) sampaikan saya tiada jawapan utk menjawab nyer..he he he....dtg dari sapa tu ye?

#Sufiya Irdina..anak manja abah (sgt-sgt!) garang (ehhh ikut sape tu?) mulut becok giler (ehh..mcm siapa ye?) now dah jadi mcm abg (mentor la katakan!hehehe..) sekejap kenapa kenapa sekejap kang pukul abang dgn kesudahan nyer Syahmi akan kalah..hahahahaha...

Oh anak...dekat bingit jauh sunyi...oh anak..rasa nak simpan kamu jgn kasi besar cepat sgt!
~LAGI TENTANG DIA.. HMM SIAPA YE?

Copy entry orang lain.. Semoga Bahagia..


Sometime ku rasa ku bukan cintakan dia tapi ku kasihkan dia sangat..lagi-lagi bila melihat wajah dia ketika tidur..betapa hebat dugaan betapa hebat cabaran dia tetap tenang dan sabar...

Pintaku doaku semoga Allah SWT sentiasa melindungi dia setiap masa,berikanlah kesihatan yang baik pada dia,berikanlah kegembiraan kebahagiaan dalam diri dia dan semoga kasih kami jodoh kami kekal sehingga ke JannahNya, amin ~
~ENTRY SIAPAKAH INI?.. NANTIKAN..

Raya Lagi?

Referring Blogs.

Terima Kasih

kesumaangsana.blogspot.com
arena184.blogspot.com

Neil Armstrong.

~RIP

Keterangan tentang Neil Armstrong ni dapat dari wikipedia. Kalau dalam English, panjang huraiannya. Kalau dalam Bahasa Melayu, inilah keterangannya. Cuba baca.. Boleh faham tak? Agaknya siapa yang menterjemahkan begitu.


Neil Alden Armstrong (5 Ogos 1930 di Ohio, Amerika Syarikat – 25 Ogos 2012) adalah angkasawan Amerika Syarikat, dan orang pertama yang menjejakkan kaki di Bulan. Pada 20 Julai 1969, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan dengan kenderaan udara kecil, yang telah dihantar ke Bulan dengan roket Saturn V dalam misi Apollo 11. Mereka berdua berjalan di Bulan, dan jutaan orang menonton peristiwa ini dari TV.
Ucapannya yang terkenal ialah:
Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia, satu langkah besar bagi kemanusiaan.
Kalimat tersebut diucapkannya di Bulan. Nyatanya ia cenderung berkata "Inilah sebuah langkah kecil bagi seorang manusia…", namun kerana beberapa alasan kata "seorang" tidak pernah diucapkan. Armstrong berfikir ia telah mengatakannya, namun juga mengakui ia sering lupa akan suku kata saat bercakap. Walaupun begitu ia lebih memilih menulis kutipan termasuk "seorang" dalam tanda kurung.


Malaysia pun ada Angkasawan Negara, Dr SMS.. Negara kecil yang glemer juga peringkat dunia. Marilah sama-sama memelihara dan hayati keamanan negara kita.

Kisah Cinta Adam & Hawa.

~Bacaan yang menarik di sini:http://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=119:kisah-cinta-adam-dan-hawa&catid=48:mutiara-kisah&Itemid=177



Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s  tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Cerita Adam & Hawa : Aaron aziz.

Macam fenomena Oppa Gangnam Style pula cerita Adam & Hawa ni kan. Bila google website nurizspace ada buat review cerita Adam & Hawa ni. Rupanya review tu sejak dari awal tahun. Dah lama rupanya. Kisah Adam & Hawa ni diadaptasi dari novel tulisan Aisya Sofea.

Baru start google google dulu. Masih belum tonton.. Masih belum baca. Bila tengok kawan-kawan cerita yang novel ni best, dan dah baca sinopsis dah pun.. menarik juga. Haruslah mendapatkan segera. Belum lagi berkesempatan menonton. Tapi dah macam pisang goreng panas diperkatakan cerita ni. Maklum sajalah heronya itu kan Aaron Aziz. Siapa yang takmau tengok?

Kalau dah terlepas cerita ni macamana nak tengok ye? Ada sesiapa boleh cadangkan link? Atau ada yang dah download kan? Siapa pula yang ada novelnya?.. nak bagi pinjam ? Dah lama juga tak baca novel ni.. 

Adam & Hawa: sinopsis. / Novel.

~ini sinopsis novel Adam& Hawa. Dari Alaf 21. Tulisan Aisya Sofea.


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. 

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Adam & Hawa.

Dah baca?
Dah tonton?

-alaf21 website-

Orkid?

Minat orkid ke?
Bolehla melawat blog lambaian orkid..
lambaianorkid.blogspot.com


Malaysia Book of Records 2012.

Malaysia Book of Records 2012.
Night of Achievers.

Tadi ada menonton ni..
Antara pemenangnya termasuklah:


  • Kisah Upin Ipin (tak pasti kategori).
  • Mia Sara Nasuha (Pelakon kanak-kanak popular).
  • LimKokWing Uni (lagu patriotik paling banyak ditonton di YouTube).
  • Anak-anak Datuk Yusof Haslam (sorang menang anugerah Pengarah filem termuda dan satu lagi Pengarah termuda menang anugerah).
  • Erafm (jumlah pendengar terbanyak)

  • Aznil hj nawawi (pengacara paling lama)
  • RTM (stesen tv pertama- ofcourse le kan)
  • Ella (ratu rock pertama kot)
  • Suwaibah (wanita pertama larian solo di Gurun Sahara)
  • YDP Agong Sultan Abdul Halim (sultan yang menjadi Agong dua kali)

  • Pasukan pertama mendaki gunung everest
  • GPMS uitm (jalur gemilang terpanjang di tembok besar China)
  • Pendaki termuda gunung everest (muqharabin)
  • Marina (pendaki wanita pertama mendaki everest
Ada banyak lagi kategori.. tapi itu je sempat di tengok.. 
Banyak juga pencapaian rakyat Malaysia ini. Sesuai dengan hari Kebangsaan yang bakal disambut nanti. Bersemangat patriotik lah kita. Bangga tak?


Ucapan Raya dari NUFFNANG!!

Terima Kasih untuk NUFFNANG.

Rupanya  NUFFNANG dah berwajah baru. Sejak kurang aktif berblogging awal tahun ini, lama juga tak menjenguk  NUFFNANG  ni. Alih alih tadi bila menggatal tangan nak buka  NUFFNANG punya website, tokojut mak sebabnya sudah berwajah baru!!! Dah lama ke sebenarnye?.. 

Bilakala meng log in, Alhamdulillah adalah sikit rezeki dari  NUFFNANG . Tapi takdela lebat pun.. Cinonet je. Yelah, kalau dah tak aktif dekat setengah tahun,  NUFFNANG  pun tak sudi nak bagi iklan kat sini kan. 

Tak macam blogger lain yang mampu menjana pendapatan hebat dari  NUFFNANG . Untungla kan. Bagi yang baru berjinak jinak dalam blogging ni haruslah memasang niat utama untuk berblogging. Kalau memang betul-betul nak buat duit online haruslah belajar dengan OTAI OTAI sekalian. 

Kalau macam Nur ni, santai-santai aja.. Tak serius.

Sekali lagi, selamat hari raya  NUFFNANG dan  NUFFNANGers dan PEMBACA BLOG ALL IN ONE.

Dah tak aman?

Baca kat Kosmo.
susahla kalau tahap keselamatan terjejas.
Takkan kita nak hidup dengan keadaan macam ni?

Dalam berita tu meyatakan pemilik kedai runcit atau peniaga terpaksa menjual dari celah jeriji besi kerana khuatir disamun..


seorang peniaga menghulurkan barangan yang dibeli pelanggan dari celah jeriji kedainya di Taman City, Segambut semalam

29 Februari Movie.

~Sekali lagi empayar KRU melakar sejarah. Menghasilkan filem 3D pertama di Malaysia. Empayar KRU yang dibina oleh 3 beradik yang dikagumi. Kagum kerana latarbelakang pendidikan mereka yang hebat.. Bukan calang-calang orang. Sebab itu la idea yang mereka hasilkan adalah bermacam-macam adanya.

Esok akan ditayangkan cerita 29 Februari ini. Di twitter sudah digembar gemburkan akan kehebatan cerita 29 Februari ini. Ada sesiapa yang akan menontonnya esok? silala kongsi komen anda nanti ye..

Berikut sinopsis yang diceduk dari cinema.com.my.

29 Februari (Malay)The first Malaysian 3D film, "29 Februari" focuses on a man born on the leap day of 29 February, and ages only one year in every four years. Because of this unique trait, he has lived through many historical periods of Malaysia; from the colonial years to the Japanese invasion and Independence. Though some may consider it a gift, the man's long life can also be a curse as he has to face the reality of seeing the ones he loves die. A highlight of the film will be the changing landscape of Malaysia from the early days up to 2012.
Classification: U
Genre: Drama
General Release Date: 30 Aug 2012
Running Time: 1 Hour 44 Minutes
Distributor: Kru Films
Cast: Remy Ishak, Jojo Goh
Director: Edry Abdul Halim


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M).

~Untungla mahasiswa sekarang.. Macam-macam boleh dapat ye..
Kat mana boleh guna Kad Diskaun Siswa 1Malaysia?


PETALING JAYA - Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi dari seluruh negara akan menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) secara berperingkat-peringkat bermula semalam.
Kad diskaun yang diwujudkan sebagai usaha untuk membantu meringankan beban sara hidup pelajar sepanjang pengajian itersebut boleh digunakan di 1,200 cawangan kedai dan pasar raya terpilih bermula 1 September depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fasa pertama pemberian kad tersebut yang dikeluarkan dengan kerjasama Bank Rakyat membabitkan para pelajar yang mengikuti pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sepenuh masa.
Sehingga kini, katanya, kad yang memberi diskaun atas pembelian barangan dan perkhidmatan itu sudah mempunyai sebanyak 179 buah syarikat yang menjadi rakan dagang meliputi sektor seperti peruncitan, kelengkapan sukan, penginapan dan syarikat penerbangan.
"Kerajaan menjangkakan lebih banyak syarikat korporat akan menjadi rakan dagang menjelang hujung tahun ini dan pelajar bebas menggunakan kad tersebut sehingga tamat tempoh pengajian.
"Ini merupakan cadangan yang diutarakan oleh majlis perwakilan pelajar dan ia jelas menunjukkan kerajaan komited untuk membantu golongan ini dengan mendengar suara mereka," katanya.
-kosmo-

Pil untuk Rawat HIV. terbaru.


WASHINGTON - Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) meluluskan pil baharu bagi melawan jangkitan virus HIV yang menyebabkan penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) di Amerika Syarikat (AS).
Pil tersebut yang diluluskan penggunaannya kelmarin menggabungkan empat jenis ubat bagi melawan virus AIDS.
Diberi nama Stribild, ubat tersebut dikeluarkan oleh firma AS, Gilead Sciences Inc. Pil itu boleh digunakan untuk merawat pesakit dewasa yang belum pernah menerima rawatan HIV.
Penghidap HIV sebelum ini terpaksa memakan kombinasi beberapa biji pil pada setiap hari bagi mengekang jangkitan virus berkenaan di dalam badan mereka.
Kajian firma tersebut mendapati tiada kesan virus HIV dalam darah 88 hingga 90 peratus pesakit yang mengambil pil Stribild selepas 48 minggu. - AP
-kosmo online-

Marilah berdoa kepada Ibu Bapa.


" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira 
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka 
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa 
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup 
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa 
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar 
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah 
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan 
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka 
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki 
oleh Allah

Doa untuk bapak k zakie..

Semasa baca entry ini:..

http://zakiepurvit.blogspot.com/2012/08/mohon-doa-saudara-mara-sahabat-handai.html

Semalam sebaik tiba di pejabat telefon berdering memberitahu bapak kemalangan jalanraya di kampung. Airmata aku tidak dapat dibendung dan tiba-tiba hati aku terasa kosong. Langkah masuk kereta untuk balik pun bagaikan tidak berdaya. Teman-teman menasihati perlu kuat kerana aku memandu kereta tanpa teman. Aku membaca suroh Yaasin sepanjang jalan balik ke kampung. Adik aku serah pada Mak Zah untuk menguruskannya. Kerana waktu masih pagi lagi masing-masing baru tiba di pejabat. Oleh itu tidak ada masa untuk berkongsi kereta. 

~semoga segera disembuhkan ayahanda kakzakie..Amin.

Lunch RM4.00. Menu Rakyat 1Malaysia.

~ Murahla tu kan lunch dengan harga $4.00. Ini adalah menu rakyat 1Malaysia. Bagus kerajaan kita ni nak menolong rakyatnya yang kurang berkemampuan. Duit lebih tu boleh simpan ye.. Simpan untuk beli emas atau pun melabur..
Berikut ni menu lunch dengan harga RM4.00.Maklumat lanjut tentang Menu Rakyat 1Malaysia niboleh didapati dengan melayari laman web Kementerian Perdagangan. Kat situ ada senarai nama dan lokasi restoren yang menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia ni. Tapi, bukanlah semua restoren itu menyediakan menu yang sama. Mungkin bergantung pada pemilik restoren dan permintaan di kawasan tersebutla kot.

Ada ke yang pernah cuba menu ni?.. Silala kongsi pengalaman ye...


1) Nasi Ayam Goreng + Air Sirap / Oren
2) Nasi Ayam Steam + Air Sirap / Oren
3) Nasi Goreng Ikan Masin + Air Sirap / Oren
4) Nasi Goreng Kampung + Air Sirap / Oren
5) Nasi Goreng Cina + Air Sirap / Oren

BODY?...

Apa Khabar Aisy Nasiha?

Dah bersalin ke?

Bidadari..


ISTERIKU....BIDADARIKU..

Tips Bussiness Lunch dengan Klien..

You have a working lunch with a client, and you’ve booked a reservation at a tasteful, elegant restaurant. 
Here’s 3 messy foods you may want to avoid during that important lunch:

1. Shelled seafood: Peeling shells are quite a hassle, and not something you want to deal with while talking shop with your client

2. Dishes with colourful or dark sauces: The sauces may ruin your immaculate work outfit. Better steer clear.

3. Crumbly or greasy food: Having crumbs all over yourself or greasy hands does not a good impression make. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...