~nampaknya peranan seorang guru ni dah bertambah2. kalau jual buku ke ok la juga.sepatutnya guru ni menjadi contoh yang baik kepada pelajar2nya.bukan contoh macam ni tapi contoh yang baik...
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/08/30
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/08/30
JOHOR BAHRU: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.
PROMOSI...laman web milik guru terbabit.
Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.
Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan.
“Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah.
“Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu,” katanya di sini, semalam.
5 comments:
perghhh berani sungguh ckgu tu..siap letak gamba lagi..memang senang2 la orang nak trace..kalau jual benda untuk kebaikan xpe gak,nih terang2 untuk merosakkan budak2 sekolah.
cikgu ke hape nie???
aish...
kalo betul dia jual utk bebudak memang salah laaa...tapi berani sungguh dia letak gambar dia..huhu
anyway, kadang2 terfikir, ada orang dengki sbb bisnes dia laku kut?
institusi maktab perlu dikuatkan *tiba2.. hehe..
afiq,atsuko,dahlia, ard-memang memalukan institusi dan komuniti perguruan.. harap perkara macam ni x berulang- kerajaan kena pantau betul2..
Post a Comment