Nak Souvenier best?

pernah ke menderma darah? 1

~hari ni nak kongsi info tentang derma darah.macam saya tak layak menderma sebab tekanan darah rendah daripada syaratnya.memang orang yang pernah menderma darah boleh dilabel sebagai orang yang berhati mulia.. (artikel dari myhealth)

Jenis-Jenis Pendermaan

Pendermaan darah boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu pendermaan darah penuh (whole blood donation) dan pendermaan secara aferesis (apheresis donation).

Pendermaan Darah Penuh (Whole Blood Donation)

Ini merupakan pendermaan darah yang biasa dilakukan. Darah yang didermakan ini akan diproses di makmal kepada beberapa komponen seperti Plasma, Platelet dan Sel Darah Merah (Packed Cell).

Komponen-komponen Darah
Sel darah merah
Platelet
Plasma

Isipadu darah yang diambil bergantung kepada berat badan penderma. Jumlah maksima darah yang diambil ialah 450 ml bagi berat badan melebihi 50 kg. Sekiranya berat badan di antara 45 ? 50 kg, kuantiti darah yang diambil ialah sebanyak 350 ml. Keseluruhan proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 30 minit. Penderma darah penuh ini boleh menderma setiap 3 bulan sekali.

Menderma darah

Pendermaan Aferesis (Apheresis Donation).

Pendermaan aferesis ialah pendermaan plasma dan platelet, atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan mesin aferesis. Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga 45 minit bagi Plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma Platelet. Oleh kerana melalui pendermaan aferesis sel darah merah penderma tidak diambil, penderma boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap 2 minggu sekali.

Pendermaan Aferesis

2 comments:

Unknown said...

nak rase jugak macam mane perasaan derma darah tu, tp berta xcukup :(

nur said...

tu la.. untung org yg cukup syarat utk menderma
ALL IN ONE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...