Nak Souvenier best?

Bagaimana Rasa Sakit Bersalin?

~Macam ni ke?


KATA sesetengah orang, sakit bersalin itu ibarat beberapa tulang rusuk dipatahkan serentak atau kuku dicabut daripada isinya. Sebahagian wanita pula mengalami loya dan muntah-muntah sepanjang sembilan bulan tempoh kehamilan.
Namun, bagi seorang ibu, Fariza Ibrahim, dia bagaikan sudah lali dengan kepayahan dan kesakitan itu. Fariza, 47, yang berkahwin pada usia 19 tahun sudah dikurniakan 14 orang anak – fenomena yang jarang ditemui di Malaysia memandangkan purata sebuah keluarga moden sekarang memiliki antara tiga hingga lima orang anak sahaja. Secara purata, dia hamil selama 126 bulan atau lebih 10 tahun.
“Semua anak saya dilahirkan secara normal,” ujar pemegang ijazah dalam bidang kimia daripada Universiti Queensland, Australia ini.

13 comments:

fizalinolie said...

Rasa sakit bersalin adalah sesuatu yang tidak dapat digambarkan kesakitannya. Namun, bila melihat anak yang dilahirkan... Pasti apa yang dirasai hilang sepertinya kita tak pernah mengalaminya. Itulah kekuasaan Allah yang agung. Subhanallah!

Anum said...

belum ada rezeki merasainya

ieja amieja said...

insyaallah..setiap org ada bhgian msg2 utk merasainya..kesakitan itu lah yg dpt menghilangkan dosa2 kecil kita..

Aisy Nasiha said...

bertuah org blh tahu mcm mana rasanya sakit ni....bkn semua yg mampu dan dapat nk rasakannya..

Unknown said...

orang laki mcm mana nk merasainya.....:P

Leena said...

Setiap wanita akan mengalaminya dengan cara berbeza-beza..itulah ketentuan Allah SWT

Unknown said...

tak reti nak cakap sakitnya macam mana..sbb tak pernah rasa tulang rusuk dipatahkan atau terpatah..tapi memang sakit lah..hehehe..

faraherda.razalan said...

14 org anak? Terkedu sy kejap.

Mmg sakit. Sakit nak bersalin, duduknya antara dua. Hidup dan maut.

Anonymous said...

bahagian msg2 for KA insya ALlah so far 3 semua alhamdulillah OK aje

JunAina said...

Pengalaman setiap orang akan berlainan. Ada yang mudah dan ada yang susah nak bersalain tapi bagi akak bersalin tu sangat sakit tetapi alhamdulillah setakat ini tak ada kesukaran Rasanya cukuplah tiga tapi kalau diberi rezeki lagi akak terima seadanya...

amirah said...

14 orang? kagumnya..syukur rezeki nya murah...

♥ Nana BamBam ♥ said...

er takutnye.tp nak anak jugak nanti..insya'allah 1 hari nanti selepas berkahwin :P

MalizaMah said...

kadang2 bila pk bali, ngerinya... huuuu sedangkan leeza belum lah lagi ada pgalaman. cuma hmm mcm sgt sakit jew.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...