Nak Souvenier best?

Nak Pinjam Duit Boleh?

SOURCE;SH.


KUALA LUMPUR - Bank-bank perlu mengurangkan kerenah birokrasi semasa meluluskan pinjaman kepada usahawan, kata Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir.

Beliau berharap kerajaan akan melihat kepada masa yang diambil bagi pinjaman perniagaan diluluskan bagi membantu usahawan mengembang atau memulakan perniagaan mereka pada pembentangan bajet akan datang.

"Kami berharap kerajaan akan melihat kepada isu ini bagi membantu semua peringkat perniagaan terutamanya usahawan dan pedagang peringkat pertengahan dalam membangunkan perniagaan mereka.

"Kami juga berharap kerajaan akan memberi penekanan kepada semua institusi kewangan supaya menyediakan bantuan kepada usahawan,” katanya mesyuarat agung tahunan Perdasama di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini, bank-bank mengambil masa yang lama untuk meluluskan pinjaman bagi perniagaan dan biasanya, nilai pinjaman diluluskan kurang daripada yang dipohon.

"Sekiranya kita mahu negara kita maju, kita perlu mengiktiraf usahawan. Sekiranya usahawan membuktikan bahawa beliau mempunyai budaya perniagaan, bijak dan pintar, bank seharusnya mencarinya, bukan sebaliknya.

"Kita perlu melahirkan lebih banyak usahawan muda. Jadi saya menyarankan agar bank-bank mengambil lebih banyak risiko untuk membantu mereka,” katanya. - Bernama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...