BATU GAJAH — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini teruja dengan pengalaman pertamanya menaiki bas dalam rangka lawatan kerjanya ke Perak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan yang lain.
"Very interesting, kita cuba konsep Bus Tour... setakat ini saya rasa seronok sebab dalam bas ini suasananya cukup mesra dan riang kerana bersantai.
"Kita asyik bergurau antara satu sama lain, dan tidak rasa letih. Dalam perjalanan, banyak perkara yang boleh dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang di sini hari ini.
Menurut Najib, pihaknya akan melihat kemungkinan untuk terus menggunakan konsep lawatan kerja menggunakan bas pada masa akan datang kerana ianya berbeza dan menyeronokkan.
Lima buah bas digunakan dalam lawatan kerja Najib ke Perak itu bermula dari Ipoh ke Gopeng sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km untuk bertemu rakyat pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.
Turut serta dalam rombongan itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. — Bernama
1 comments:
bgs jugak ek najib naik bas.. :)..
Post a Comment