Nak Souvenier best?

Larat Ke Nak Bekerja Sampai Umur 70?

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Majikan sektor swasta boleh menggaji seseorang sehingga umur 70 tahun jika pekerja terbabit memenuhi keperluan organisasi masing-masing walaupun undang-undang baru, yang sedang digubal bakal menetapkan had persaraan mandatori 60 tahun, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Pengarah Eksekutifnya Shamsuddin Bardan berkata, undang-undang baru itu menetapkan umur persaraan mandatori 60 tahun berbanding 55 tahun sekarang tetapi pekerja-pekerja yang diperlukan boleh berkhidmat selagi berupaya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut kontrak perkhidmatan.

“Undang-undang baru ini hanya menyediakan had mandatori bersara 60 tahun, tetapi jika ada  yang boleh bekerja sehingga 65 atau 70 tahun, masih boleh... bersandarkan kesediaan dan keperluan pekerja dan majikan masing-masing,” kata Shamsuddin kepada The Malaysian Insider hari ini.

Katanya, MEF menyambut baik langkah memperkenalkan undang-undang baru — yang bakal dikenali sebagai akta umur persaraan sektor swasta kerana sesuai dengan perkembangan semasa.

“Kebanyakan negara di rantau ini sudah pun melakanakan dasar umur persaraan 60 tahun dan ke atas, jadi kita juga harus menaikkan had usia bersara,” kata beliau yang turut merujuk kepada jangka hayat rakyat negara ini juga meningkat ekoran kemajuan bidang sosioekonomi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...