Nak Souvenier best?

Banjir Oh Banjir,, Nangis Boleh Banjir Ke?


KUALA TERENGGANU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mula menghantar bekalan makanan serta keperluan lain ke pangkalan hadapan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi banjir tahun ini.
Pengarah JKM negeri, Zuhaimi Omar berkata, bekalan meliputi 2,800 kg beras, 14,478 tin sardin, 3,072 paket gula, 450 tin susu tepung, 1,480 paket minyak masak, 1,650 paket serbuk kopi dan 4,720 tin susu pekat.
"Selain itu kita juga menyediakan air mineral kira-kira 5,000 botol dan 3,000 hingga 4,000 helai selimut serta tikar untuk kegunaan mangsa banjir, katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata, tumpuan penghantaran barang keperluan tersebut ialah ke tempat kritikal seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan lain-lain tempat yang mudah dinaiki air.
Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM500,000 bagi menyediakan barang keperluan tersebut serta melantik kedai di setiap daerah untuk membekal makanan jika perlu.
Zuhami berkata, pada tahun ini jawatankuasa bencana alam negeri membuka 112 pangkalan hadapan di seluruh negeri serta 347 pusat pemindahan yang boleh menampung 51,745 mangsa.
Selain itu cuti semua pegawai dan kakitangan JKM di seluruh negeri ini dibekukan dan mereka akan bertugas 24 jam di pusat-pusat pemindahan semasa banjir kelak, katanya.
Zuhaimi berkata, banjir lazimnya melanda Terengganu antara Disember dan Mac setiap tahun. - Bernama

2 comments:

SoLy SoLicious said...

oh ngeri ku.. smoga tiada sbrg musibah teruk berlaku..

atuk said...

Assalamualaikum Nur

moga penyu tak lari...

ps:moga berjaya menyertai contest kak ina kl

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...