Nak Souvenier best?

MICHAEL JACKSON.


Pengakuan paling menyedihkan datang daripada pembantu peribadi Jackson, Michael Amir Williams. Dia masih ingat menerima panggilan telefon daripada Murray yang cemas dan memintanya segera datang ke rumah sewa Jackson di Hombly Hills. Jackson meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat dos berlebihan ubat sedatif propofol.
Perbicaraan kes Jackson bermula pada Selasa lalu dengan pihak pendakwa mendakwa Murray bersalah kerana cuai dan mengakibatkan kematian Jackson. Sementara peguam Murray menyatakan Jackson mati akibat sikapnya sendiri yang mengambil ubat secara berlebihan.
Semalam, imej mayat Jackson dengan mata terbuka disiarkan. Malah, rakaman audio yang menunjukkan penyanyi itu telah diberi ubat turut didedahkan.
Selepas Jackson disahkan mati di hospital UCLA, Williams mengakui bahawa ada berbual dengan Murray. "Dia (Murray) memberitahu ada satu krim di dalam bilik Micheal yang dia tidak mahu orang lain tahu mengenainya. Dia juga meminta saya untuk menumpangkannya untuk mengambil krim tersebut. Tetapi saya menolaknya," kata Williams.-KOSMO

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...