kosmo: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Ainuddin Wahid Endowment Fund dengan dana RM10 juta bagi membiayai pelajar peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Perdana Menteri berkata, dana berkenaan akan diagihkan secara berperingkat dengan peruntukan RM2 juta setahun untuk tempoh lima tahun.
Ketika melancarkan biografi Ainuddin Pejuang Degil Melayu di UTM, Jalan Semarak di sini, beliau berkata, dana itu akan digunakan untuk membiayai lima pelajar PhD setiap tahun yang daripada kumpulan 'creme de la creme' iaitu yang terbaik.
"Pelajar-pelajar PhD yang dibiayai oleh dana ini juga berpeluang untuk mengikuti sandaran selama enam bulan semasa pengajian di salah sebuah institusi akademik tersohor dunia iaitu Universiti Oxford, Cambridge, MIT atau Imperial College," katanya.
Dalam ucapannya, Najib juga mengingatkan rakyat supaya tidak sekali-kali melupakan sejarah dan perjuangan pemimpin terdahulu yang menyumbang kepada kemakmuran negara yang dinikmati hari ini.
1 comments:
Assalamualaikum Nur
Alhamdulillah
Wassalam
Post a Comment