Nak Souvenier best?

FINAL PIALA MALAYSIA 2011. TERENGGANU VS NEGERI SEMBILAN.

MARI KITA TENGOK SIAPA YANG MENANG NANTI!!



TEMBOK Kota Bharu telah diruntuhkan, benteng Shah Alam sudah dipecahkan.
Kini '11 tentera putih' kendalian Irfan Bakti sedia merobohkan kubu Seremban dalam misi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kuala Terengganu.
Atas kertas, segala kelebihan memihak kepada anak-anak buah Irfan dengan hampir 90 peratus meramalkan trofi paling berprestij itu akan terus kekal di Pantai Timur selepas kejayaan Kelantan musim lalu.
Persoalan kini, mampukah Terengganu merealisasikan ramalan itu dengan corak permainan penuh taktikal, ataupun Negeri Sembilan lebih berhak mendakap Piala Malaysia buat kali ke- tiga selepas edisi 1948 dan 2009.
Apa yang pasti, Stadium Shah Alam malam esok bakal menjadi saksi kepada kejaguhan sebenar dua pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertemu buat julung kali di pentas final Piala Malaysia sejak 1921.
Bagi Irfan sendiri, beliau tidak memandang status pilihan yang diberikan kepada skuad kendaliannya sebagai satu tekanan, malah ia dianggap suatu penghormatan buat semua pemainnya yang telah bekerja keras sepanjang musim ini.
Jelasnya, para pemainnya juga kini memiliki motivasi tinggi untuk mengharungi 90 minit permainan di Shah Alam selepas kejayaan menyingkir dua bekas juara, Kelantan dan Sela- ngor di peringkat suku akhir dan separuh akhir.
"Kami telah bersedia dari segi fizikal dan mental. Para pemain juga telah berikrar untuk berjuang habis-habisan tanpa mempedulikan apa juga situasi yang berlaku.
"Kami telah pergi sejauh ini dan kami tidak sesekali memandang ke belakang. Perjuangan kami tetap satu iaitu menjulang trofi Piala Malaysia dan para pemain saya bertekad untuk melakukannya dalam tempoh 90 minit," katanya.
Di sebalik keyakinan itu, Irfan bagai-manapun menjelaskan bahawa para pemainnya sebenarnya cukup bersedia untuk melalui perlawanan akhir itu andai ia terpaksa ditentukan sehingga ke masa tambahan.
Malah katanya, beraksi pada masa tambahan bukanlah asing bagi Terengganu kerana Stadium Bukit Jalil telah menjadi saksi betapa skuad Penyu itu mampu bangkit untuk menum- bangkan Kelantan seperti mana yang dilakukan pada final Piala FA, Jun lalu.
"Kalau perlawanan ditentukan sehingga masa tambahan, ia tidak menjadi masalah buat saya.
"Kami telah melakukan persiapan yang cukup rapi dan saya boleh kata- kan, semua pemain termasuk yang berada di bangku simpanan sedia untuk diturunkan," ujarnya.
Ditanya adakah beliau bersedia dengan kemungkinan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, Irfan secara sinis berkata, ia juga bukan memberi masalah kepada pasukannya.
"Sejak dari awal lagi saya telah katakan yang kami cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir ini.
"Tidak kira bagaimana sekalipun perlawanan ini ditentukan, kami tidak akan gentar. Para pemain memikul amanah besar kerana saya tahu seluruh rakyat Terengganu mengharapkan agar kami membawa pulang piala ini," tegasnya.
Mengulas mengenai barisan kemungkinan, Irfan masih bertegas untuk tidak mendedahkannya sekalipun gambaran awal mengenai kesebelasan pemain yang bakal diturunkan telah ada.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...