Tidak mahu menoleh ke belakang lagi, aktor yang dicanang hero pujaan semalaya, Aaron Aziz nekad meninggalkan negara kelahirannya, Singapura selepas merasakan dia kini memiliki karier dan kehidupan sempurna di Malaysia.
"Saya sudah memohon taraf Penduduk Tetap (PR) dengan kerajaan Malaysia pada awal Ogos lalu. Saya dah bosan sebab isu warganegara sering dipersoalkan terhadap saya. Saya buat semua ini pun kerana tidak mahu menoleh ke belakang lagi."
"Mengapa saya harus berpatah balik kepada kehidupan yang lama sedangkan saya sudah mempunyai kehidupan yang sempurna di Malaysia. Anak-anak saya pun sudah bersekolah di sini. Untuk mendapat masa depan yang lebih cerah, adalah lebih baik saya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia," jelas Aaron yang turut mengakui telah menjual kereta dan rumahnya di Singapura.
KALAU KITA DAH POHON KERAKYATAN NEGARA ASING MAKSUDNYA KITA DAH HILANG KEWARGANEGARAAN MALAYSIA LA YE?
1 comments:
yup..malaysia xbagi rakyat die ade 2 warganegare..so kne pilih 1 je =)
Post a Comment