Nak Souvenier best?

Pembantu Rumah Indonesia.

DAH SELESAI ISU INI..


MATARAM (LOMBOK): Pembantu rumah Indonesia dibenarkan dihantar semula ke Malaysia mulai 1 Disember ini, sekali gus menamatkan moratorium lebih dua tahun untuk penghantaran tenaga kerja sektor informal ke Malaysia.

Keputusan perkara itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di akhir mesyuarat delegasi dua hala pada acara perundingan tahunan Malaysia-Indonesia di sini, semalam.


“Kami ketahui banyak saudara Indonesia yang bekerja di Malaysia. Oleh kerana itu, kami sepakat memberi perlindungan dan bantuan sebaiknya kepada tenaga kerja Indonesia.

“Kami juga bersepakat bahawa perubahan mengenai pengambilan dan penempatan tenaga kerja Indonesia yang ditandatangani pada 2006 mendatangkan perubahan positif kepada Indonesia. Insya-Allah, pada 1 Disember kami akan menormalisasikan hal ini,” kata Yudhoyono ketika mengumumkan hasil pertemuan itu.


Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.


Berikutan itu, kedua-dua negara berunding sehingga kata sepakat dicapai dengan penandatanganan protokol meminda beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman 2006 itu, yang diadakan di Bandung pada 30 Mei lalu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...