Nak Souvenier best?

NUJUM PAK BELALANG.

Pada hari tersebut, Pak Belalang sudah bersedia dengan jawapan yang diberikan Belalang dengan yakin. Berikut merupakan penyelesaiannya:
"Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah pangkal?"
Pak Belalang mengambil sebatang kayu yang diraut cantik dan meletakkannya ke dalam air dan dilihat kayu terdapat hujung yang timbul dan yang satu lagi tenggelam. Pak Belalang mengatakan bahawa yang hujung itu timbul dan yang pangkal itu tenggelam disebabkan "tiap-tiap yang hujung lebih ringan daripada yang pangkal".
Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?

Pak Belalang membawa dua ekor anak itik jantan dan betina yang baru menetas dan dibiarkan kedua-duanya berenang di permukaan air. Didapati seekor itik berenang di hadapan dan seekor lagi mengikut di belakang. Pak Belalang mengatakan yang di hadapan itik betina dan yang di belakang itulah itik jantan. Alasan yang diberikan adalah "lumrah dunia" kerana si jantan akan mengekori yang betina.

Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak-banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?

Pak Belalang menjawab "kahwin" kerana "Satu, banyak, ertinya, orang yang kahwin satu, banyak di dalam dunia ini. Dua, sikit-sikit, ertinya, orang yang kahwin dua lebih sikit bilangannya dari orang yang kahwin satu. Tiga, jarang-jarang, ertinya, orang yang kahwin tiga 'jarang yang kita dengar. Empat, kadang-kadang, ertinya, orang yang kahwin empat kadang-kadang baru kita dengar sekali.

Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?

Pak Belalang menjawab "kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukan terletak di keris atau di tenaganya tetapi terletak pada huruf Ta kerana huruf Ta yang menguatkan Tuah, Ta - Wau - Alif - Ha : Tuah, ﺗﻮﺍﻩ." Jika ditukar Ta itu kepada Ba, bunyinya akan jadi 'Buah'.

1 comments:

nurkaloi said...

mlm td cite nujum pak belalang kat tv 2 heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...