Nak Souvenier best?

chong wei rakul kejuaraan ke6-

one of our family favourite sport... menonton saja la.. x berkesempatan pun untuk bermain.. beberapa kali juga beli raket.. tapi last jadi 'gajah putih' saja.. hehe



KUALA LUMPUR -- Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak perlu memerah keringat untuk mempertahankan kejuaraan badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau, selepas lawannya, pemain veteran Korea Selatan, Lee Hyun Il menarik diri pada perlawanan akhir, semalam.

Hyun Il, 30, mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu jaguh Thailand, Boonsak Ponsana pada separuh akhir kelmarin, namun keputusan untuk menarik diri hanya dibuat ketika sedang memanaskan badan, menjelang pertemuan dengan Chong Wei.

Pengunduran bekas pemain No. 1 Korea itu, yang mengumumkan persaraan selepas tamat Sukan Olimpik 2008, tetapi membuat kemunculan semula pada Piala Thomas 2010, Mei lalu memudahkan Chong Wei untuk merangkul kejuaraan keenamnya tahun ini.

Kemenangan terbaru ini mengukuhkan cengkaman Chong Wei pada kedudukan No. 1 dunia, sekali gus bakal memberikan status pilihan pertama kepada pemain berusia 28 tahun itu, apabila turun dalam kempen memburu Kejuaraan Dunia buat kali pertama di Paris, 23-29 Ogos ini.

Ini merupakan kemenangan keenam Chong Wei pada 2010, selepas turut muncul juara All England, Terbuka Korea, Terbuka Malaysia dan Terbuka Indonesia (Siri Super), selain menjuarai kejuaraan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, dua minggu lalu.

Sementara itu, hajat besar Indonesia untuk membawa pulang empat gelaran di Macau tidak kesampaian, apabila hanya berjaya merangkul kejuaraan beregu campuran, itupun selepas dua pasangannya bertemu sesama sendiri di final.

Kombinasi pemain berpengalaman, Liliyana Natsir dengan gandingan barunya, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir, memberikan kejuaraan tunggal kepada Indonesia selepas mengalahkan pasangan senegara, Hendra Aprida Gunawan-Vita Marissa 21-14, 21-18 dalam masa 29 minit.

Cubaan Indonesia untuk mengutip gelaran kedua dalam perseorangan wanita tidak kesampaian, selepas Adriyanti Firdasari gagal menyaingi pemain muda China, Li Xuerui apabila tunduk 17-21, 15-21.

Kekecewaan mereka berterusan dalam beregu wanita selepas Meiliana Jauhari-Greysia Polii, gandingan yang mengecewakan beregu No. 1 negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui di suku akhir, tunduk 21-16, 18-21, 16-21 kepada pilihan ketiga dari Taiwan, Hsing Cheng Wen-Chin Chien Yu.

Harapan tinggi yang diletakkan di bahu Alvent Yulianto Chandra-Hendra Aprida Gunawan juga berkecai, selepas pilihan ketiga itu tumpas 17-21, 15-21 kepada beregu Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...