basic things to share- (infosihat)
Pengenalan
 Demam  adalah tindak  balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan  penyakit-penyakit  lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya  menandakan  anda mempunyai penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu   badan normal adalah 37°C, jika melebihi tahap ini anda akan disahkan  demam.
                
Penyebab Demam
- Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga, cirit birit, denggi, dan HIV.
 - Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
 - Demam malaria
 - Penyakit sendi
 - Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
 - Barah
 
Rawatan
                    
Rawatan dirumah :
- Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
 - Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
 - Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
 - Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
 - Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
 - Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
 
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
                    Jika anda  mempunyai gejala yang serius :
- Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
 - Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
 - Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
 - Sakit perut, mata atau tulang pipi.
 - Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
 - Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
 - Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
 - Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
 - Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
 - Demam berkaitan dengan kecederaan
 
                    Pencegahan
- Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
 - Mengamalkan kebersihan .
 - Ambil diet yang seimbang dan sihat.
 
Soalan Lazim
Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
- Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari farmasi untuk mengukur suhu badan.
 - Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat yang dimasukkan ke dalam mulut.
 - Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
 - Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
 - Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang rendah).
 - Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.
 
Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga Atau Perubahan Warna Kulit?
- Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
 - Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.
 

0 comments:
Post a Comment